AL-HULAIMI

Hidup ini merupakan satu perjalanan menuju ke akhirat… Berhati-hatilah… Berjaga-jagalah… Bertaqwalah…

Jahil agama punca mudah terjebak amalan syirik

Oleh Mohd Yaakub Mohd Yunus

Rasulullah sendiri memperingatkan umat jangan keterlaluan menyanjungi serta memujinya KEGIATAN kaki judi menjadikan kubur lama yang dianggap keramat dan ber-kuasa untuk menunaikan segala permintaan termasuk untuk mendapatkan nombor ekor, malah terdapat juga pihak tertentu menjadikan kubur sebagai tempat memohon disembuhkan penyakit. Sering kali kubur orang soleh seperti Nabi, sahabat Rasulullah SAW, ulama dan wali dianggap memiliki keramat akan dikunjungi masyarakat Islam bertujuan untuk beribadah dan dijadikan perantaraan bagi membuat permohonan tertentu kepada Allah. Ada di antara kubur berkenaan dihiasi binaan indah, diterangi lampu bahkan ada juga sehingga didirikan masjid di atasnya.
Sikap berlebihan dalam mengagungkan orang soleh sebegini menjadi asal munculnya amalan syirik yang terburuk di atas muka bumi ini iaitu penyembahan berhala. Firman Allah, “Dan mereka berkata jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan kamu dan jangan pula kamu tinggalkan Wadd, dan jangan pula Suwaa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr.” (Nuh: 23).
Menurut Ibnu Abbas r.a, Wadd, Suwaa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr adalah orang soleh daripada kalangan kaum Nabi Nuh. Apabila mereka meninggal dunia maka syaitan membisikkan ke telinga kaum itu agar membuat patung menyerupai mereka agar dapat mereka mengenang segala amalan soleh serta jasa orang soleh berkenaan. Patung itu turut dijadikan perangsang bagi mereka untuk mencontohi perbuatan orang soleh. Patung berkenaan pada peringkat awalnya tidak disembah oleh kaum itu. Namun masa berlalu dan generasi awal kaum ini meninggal dunia, generasi baru yang menggantikannya banyak melupakan ajaran agama sebenar. Syaitan sekali lagi memainkan peranan untuk menyesatkan umat manusia dengan membisikkan kepada mereka bahawa generasi sebelum mereka itu menyembah patung berkenaan untuk mendekat diri mereka kepada Allah.
Disebabkan kejahilan mereka terhadap ajaran agama maka bermulalah amalan menyembah patung orang soleh itu atas dasar mengagungkan dan kecintaan terhadap mereka serta ia dijadikan sebagai objek perantaraan untuk memohon doa serta syafaat. Al-Laata yang juga antara berhala terbesar pada zaman jahiliah di Makkah juga nama seorang yang masa hidupnya gemar memberi makanan kepada jemaah haji yang mengunjungi Kaabah.
Sehubungan itu, Rasulullah SAW sentiasa memperingatkan kepada umat manusia agar jangan berlebihan dalam menyanjungi serta memuji dirinya. Mengagungkan Rasulullah hanya akan tercapai dengan melaksanakan segala perintah dan larangannya seperti termaktub di dalam al-Quran serta sunnahnya. Baginda amat khuatir sekiranya umat Islam terjerumus melakukan kesilapan seperti umat lalu yang berlebihan dalam mengagungkan orang soleh sehingga melakukan perbuatan syirik. Ketika hayatnya baginda berkali-kali memperingatkan sahabat agar menghindari sikap melampaui batas golongan Yahudi dan Nasrani yang membangunkan tempat ibadah di atas kuburan orang soleh mereka. Amaran ini diulangi lagi ketika baginda sedang uzur bahkan menurut Aishah r.a. ketika baginda hampir wafat Rasulullah masih sempat bersabda: “Semoga laknat Allah ditimpakan kepada orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kuburan Nabi-Nabi mereka sebagai tempat ibadah (masjid).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari).
Beginilah peringatan yang begitu keras daripada Rasulullah kepada umatnya agar tidak didirikan masjid di atas kuburan orang soleh dan jangan menjadikan kuburan mereka sebagai tempat beribadah seperti solat, tawaf, membaca al-Quran, menyembelih haiwan korban, memohon doa serta pertolongan.
Solat menghadap kuburan adalah diharamkan sebagaimana sabdanya: “Jangan kamu solat menghadap kubur dan jangan duduk di atas kubur.” (Hadis riwayat Imam Muslim) Baginda juga pernah bersabda: “Janganlah kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan, kerana sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surat al-Baqarah.” (Hadis riwayat Imam Muslim). Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa dilarang menjadikan rumah seperti kuburan yang tidak dibaca al-Quran. Secara tidak langsung ia menunjukkan bahawa kawasan perkuburan bukanlah tempat untuk beribadah seperti membaca al-Quran sebagaimana di rumah. Majoriti ulama salaf seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al-Syafi’i, Imam Ahmad dan imam lain melarang membaca al-Quran di kawasan perkuburan. Sebagai contoh Imam Abu Dawud berkata dalam kitab Masaa’il Imam Ahmad: “Aku mendengar Imam Ahmad ketika beliau ditanya mengenai membaca al-Quran di pemakaman? Beliau menjawab: “Tidak boleh”. Menurut Ibnu Taimiyah di dalam Iqtidhaa’ Shirathal Mustaqim: “Daripada al-Syafie sendiri tidak terdapat perkataan mengenai masalah ini, yang demikian ini menunjukkan bahawa (baca al-Quran di perkuburan) menurut beliau adalah bidaah. Imam Malik berkata: “Tidak aku dapati seorang pun daripada sahabat dan tabi’in yang melakukan hal itu.”
Tindakan sesetengah pihak yang sanggup melakukan perjalanan yang jauh semata-mata untuk mengunjungi kuburan orang soleh dengan tujuan untuk beribadah dan mencari keberkatan sebenarnya bertentangan dengan syarak. Baginda bersabda: “Tidak boleh dipersiapkan perjalanan jauh (bertujuan untuk ibadah) kecuali kepada tiga masjid; Masjidilharam (di Makkah), Masjid Rasulullah (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjid al-Aqsa (di Palestin). (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
Rasulullah juga mengharamkan kuburan ditinggikan atau dibangunkan binaan seperti kubah di atasnya seperti yang sering dilakukan terhadap kuburan orang yang dianggap soleh serta memiliki kedudukan yang tinggi di dalam masyarakat. Ali r.a pernah berkata: “Mahukah kamu saya utuskan suatu tugas yang dulu pernah Nabi mengutuskan untukku tugas itu? Iaitu janganlah kamu biarkan satu patung kecuali sudah kamu hancurkan dan jangan pula ada kuburan yang tinggi melainkan kamu ratakan.” (Hadis riwayat Muslim).
Bahkan dalam rangka untuk menutup segala ruang syirik yang mungkin timbul di kawasan perkuburan, Rasulullah s.a.w. mengharamkan sesuatu kuburan itu dari dikapurkan atau disimen sekelilingnya. Jabir r.a. berkata: “Rasulullah SAW melarang menyimen kuburan dan duduk di atasnya serta mendirikan bangunan di atasnya.” (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah juga melarang menambah tanah selain daripada tanah kuburan tersebut dan membenarkan meletak batu yang tingginya tidak lebih daripada sejeng-kal sebagai tanda bahawa ia adalah sebuah kubur agar ia tidak dipijak atau dihina.
Mungkin pandangan di atas ini dilihat sebagai melawan arus amalan kebiasaan masyarakat umat Islam di Malaysia. Namun ketahuilah bahawa ia adalah daripada mazhab sebenar Imam al-Syafie. Menurut Imam al-Syafie di dalam al-Umm: “Saya menyukai agar kuburan tidak dibangunkan dan tidak pula dikapurkan kerana perkara ini menyerupai hiasan dan kebanggaan sedangkan kuburan bukanlah perhiasan atau bangunan yang dibanggakan; dan saya tidak melihat kuburan golongan Muhajirin dan Ansar (iaitu sahabat Nabi) yang dikapur.” Imam al-Nawawi r.h pula di dalam kitab Majmu’ menyatakan: “Imam al-Syafie dan sahabatnya mengatakan bahawa termasuk hal yang dibenci adalah menembok kuburan, menuliskan nama si mati atau yang lainnya dan juga membangunkan binaan di atasnya. Ini tiada perbezaan pendapat di kalangan kita. Dengan mazhab (pendapat) ini pula Malik, Ahmad, Daud dan majoriti ulama berfatwa.”

Pengenalan Ilmu Kaedah Feqah

by Abu Umair

Bismillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah

(Artikel ini ditulis untuk al-ahkam.net)

Ilmu tentang ‘Kaedah-kaedah Feqah’ adalah satu bidang penting dalam ilmu syarak. Maka wajar bagi penuntut ilmu menguasai sekurang-kurangnya asas penting dan beberapa kaedah utama daripadanya. Sebagai pendahuluan, mari kita berkenalan dengan asas ilmu Kaedah Feqah. Saya akan ringkaskan dalam beberapa tajuk.

1. Definisi Kaedah-kaedah Feqah.

Ia boleh ditakrifkan sebagai: ‘Hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi di bawahnya masalah-masalah furuk feqah’.

Difahami daripada definisi ini bahawa ia mestilah bersifat umum atau menyeluruh. Tetapi kebiasaannya, dalam satu-satu kaedah ada masalah-masalah yang dikecualikan.
2. Perbezaan antara ‘Kaedah Feqah’ dan ‘Kaedah Usul’.

Kaedah Usul ialah kaedah-kaedah umum yang terhasil daripada ilmu usul feqah. Contohnya, kaedah ‘Setiap perintah membawa hukum wajib’, dan kaedah ‘Setiap larangan membawa hukum haram’.

Perbezaan ketara antara kaedah feqah dan kaedah usul ialah:

i- Kaedah Usul lahir daripada ilmu usul feqah dan penggunaan tatabahasa Arab serta kaedah-kaedahnya. Manakala Kaedah Feqah lahir daripada masalah-masalah furuk feqah, yang dilihat ada persamaan antara satu sama lain.

ii- Kaedah Usul digunakan oleh mujtahid untuk istinbat hukum feqah. Manakala Kaedah Feqah digunakan oleh orang alim atau penuntut ilmu untuk memudahkan hafalan masalah-masalah feqah mengikut kaedah.

iii- Kaedah Usul adalah hukum am yang menyeluruh, manakala Kaedah Feqah kebanyakannya tidak menyeluruh dan ada pengecualian.

iv- Kaedah Usul adalah alat mengeluarkan hukum, maka ia digunakan sebelum keluar hukum feqah. Manakala Kaedah Feqah adalah kaedah yang menghimpun masalah-masalah feqah, dan ia lahir selepas adanya hukum feqah.

3. Kepentingan Menguasai Ilmu Kaedah Feqah

Tidak diragukan bahawa ilmu ini salah satu cabang ilmu syarak, dan sudah dimaklumi betapa pentingnya mempelajari ilmu syarak. Secara khusus, ilmu ini mempunyai keistimewaan tersendiri, iaitu:

i- Penguasaan kepada seluruh furuk feqah mungkin satu perkara mustahil bagi seseorang. Dari sini, ilmu Kaedah Feqah berperanan membantu menghimpunkan pelbagai furuk yang sama jenis di bawah satu kaedah. Ia akan memudahkan hafalan.

ii- Ilmu Kaedah Feqah berperanan memperkukuhkan penguasaan dan kemahiran feqah seseorang. Ia dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai persoalan cabang feqah yang timbul. Iaitu dengan membandingkan masalah yang timbul dengan masalah-masalah yang serupa di bawah satu kaedah.

iii- Ilmu ini membantu memahamkan seseorang penuntut tentang maqasid syar’iyyah (objektif syariat), kerana kebanyakan kaedah-kaedah feqah disusun bertepatan dengan objektif syarak seperti kaedah ‘Kesukaran membawa kepada kemudahan’.

4. Sejarah dan Perkembangan Ilmu Kaedah-kaedah Feqah

i- Era Kenabian

Ilmu Kaedah Feqah lahir sejak era kenabian lagi. Rasulullah SAW diberikan kelebihan ‘jawamik al-kalim’ iaitu tutur katanya ringkas, padat dan memberi makna yang luas. Banyak kata-kata baginda dijadikan kaedah am contohnya:

- Hadis “Setiap amalan hendaklah dengan niat”.

- Hadis “Sesiapa melakukan amalan yang bukan daripada urusan kami maka ia ditolak”.

ii- Era Sahabat

Pada zaman sahabat, ilmu Kaedah Feqah semakin berkembang. Didapati daripada kata-kata sesetengah sahabat ucapan-ucapan yang memberikan hukum am atau kaedah umum. Contohnya:

- Ibnu Abbas r.a. berkata: “Setiap yang disebut dalam Quran ada kalimah ‘atau’ maka ia memberi maksud pilihan. Dan setiap yang disebut ‘Jika kamu tidak mendapatinya’, maka ia memberi erti hendaklah dilakukan secara susunan”.

- Umar r.a. berkata: “Hukum ini berdasarkan apa yang kami putuskan (sekarang), dan hukum dahulu itu adalah apa yang telah kami putuskan dahulu”. Beliau merujuk kepada ijtihad tidak dibatalkan dengan ijtihad.

- Umar r.a. berkata: “Penyelesaian terhadap hak-hak mestilah dirujuk kepada syarat-syarat yang dimeterai”.

Dan banyak lagi kaedah-kaedah lain yang bersumberkan kepada atsar-atsar sahabat.

iii- Era Tabieen

Antara contoh atsar tabieen yang dijadikan kaedah ialah:

- Kata Syuraih Al-Qadhi: “Sesiapa meletakkan syarat ke atas dirinya secara sukarela tanpa dipaksa, maka dia betanggungjawab ke atasnya”.

iv- Era Fuqaha Salaf

Di samping kaedah-kaedah feqah yang diambil daripada hadis, atsar sahabat dan tabieen, perkembangan ilmu ini menyaksikan tokoh-tokoh fuqaha selepas mereka mengeluarkan banyak lagi kaedah-kaedah feqah. Ia selari dengan perkembangan ilmu feqah yang semakin gemilang pada era imam-imam empat mazhab.

Sebagai contoh,

- Muhammad bin Al-Hasan berkata: “Setiap perkara yang makruh dimakan dan makruh digunakan, maka makruh juga membeli dan menjualnya”.

- Imam Syafie berkata: “Tidak dinisbahkan satu kata-kata kepada orang yang diam”.

- Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Setiap benda yang harus dijual beli, maka harus dijadikan pemberian, sedekah, dan cagaran”.

Demikian serba ringkas sejarah timbulnya ilmu Kaedah Feqah sejak zaman kenabian sehingga zaman imam-imam mazhab yang empat.

Wallahu A’lam.

Disediakan oleh:

Abu Umair,

Madinah, KSA

http://abuumair1.wordpress.com/2008/08/07/pengenalan-ilmu-kaedah-feqah/

Hanya Satu Klik Dosa Mencurah-Curah

Oleh: Muhammad Fakhruddin Ismail (http://addeans.blogspot.com/)

Apabila zaman semakin maju, kecanggihan teknologi akan semakin kedepan dan masyarakat awam akan semakin mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat yang diperlukan hanya dengan satu klik. Dengan adanya kemudahan komputer dan email ini masyarakat akan terdedah dengan ancaman dan bahana video dan cerita-cerita lucah yang semakin meluas. Hampir ada pada setiap pelajar samada dikolej dan universiti termasuk yang bekerja akan mendapat kemudahan internet yang disediakan. Walaupun teknologi sebenarnya di ciptakan untuk kebaikan dan manfaat seluruh manusia, tetapi ia tidak terkecuali juga daripada dieksplotasi untuk membawa keburukan juga.

Mendapatkan bahan-bahan terlarang seperti gambar dan video-video lucah dari internet memang mudah dan aktiviti ini semakin berleluasa terutamanya yang semakin meningkat remaja tetapi sebenarnya mereka tidak menyedari bahawa perbuatan itu boleh mengundang padah. Lebih mendukacitakan apabila ada yang gila ataupun boleh dikatakan hilang akal menulis cerita-cerita yang berunsur lucah dan menyebarkan video-video porno hanya untuk kepuasan mereka supaya dapat ditonton dan dibaca oleh pengunjung-pengunjung internet tanpa mereka sedari bahawa perbuatan mereka itu membawa malapetaka yang berterusan.

Penulis, pengirim dan penyebar bahan lucah terutamanya yang muslim perlu sedari apabila mereka melakukan perkara terkutuk tersebut tanpa disedari dosa mereka sukar diampunkan. Ini kerana jika anda sempat bertaubat insya’Allah dosa anda akan diampunkan tetapi bagaimana pula dengan perbuatan anda yang menyebarkan bahan-bahan lucah tersebut yang menyebabkan ramai manusia terdorong melakukan maksiat?. Dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan solat fardu , puasa, zakat dan sebagainya akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita.

Apabila seorang sahaja yang membuka laman web tersebut maka dia akan mendapat dosanya dan penyebar lucah tersebut akan mendapat habuan dosanya juga. Tetapi realitinya bukan seorang sahaja tetapi berjuta-berjuta manusia yang membuka laman web prono tersebut.Ini kerana apabila seseorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh agama seperti perkara tersebut maka setiap manusia yang membuka laman web tersebut maka si penyebar dan penulis web tersebut akan mendapat dosanya tanpa kurang bagi setiap orang yang membukanya. Jika andalah orangnya berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi.Ini sebagaimana dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Ertinya : “Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya..” ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Inilah satu malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah. Namun itulah antara punca untuk mengheret seseorang itu kepada gejala sosial atau naluri ingin tahu. Maka keberangkalian seseorang itu terangsang untuk terus meneroka laman web sedemikian amatlah tinggi. Sebab itu bagi seseorang muslim apabila timbul keinginan untuk membuka laman web sedemikian hendaklah berhati-hati dan perlu ada belas kasihan bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa. Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Ertinya :”Seseorang di antara kamu tidak beriman (dengan sempurna) kecuali setelah mencintai saudaranya sepertimana mencintai dirinya.” (Diriwayatkan oleh Bukhari dalam al-Iman no. 7)

Maka sebagai seorang muslim tidak perlu terjerumus sekali kekancah tersebut bagi mengelakkan kita dan mereka mendapat dosa-dosa yang dilakukan olehnya. Ini kerana setiap perkara dosa tidak boleh bagi manusia membantu dalam urusan tersebut sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:

‘Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan.” (Surah Al-Maidah: 2)

Selain itu juga terdapat anasir-anasir jahat dengan menggunakan internet terutamanya laman web lucah sebagai tarikan sebelum pengunjung menjadi mangsa. Mereka akan menyerang komputer menjadi lembap atau rosak dan juga boleh menyebabkan kerugian. Senario ini telah meluas apabila ramai para pengguna internet ditipu dan mengadu bil internet dan telefon mereka terlalu tinggi. Ini kerana apabila kita melayari laman web prono tersebut komputer mereka sebenarnya telah diceroboh oleh virus yang melakukan sambungan internet ke talian antarabangsa. Maka sudah tentu bil telefon akan dikenakan caj tempatan dan caj antarabangsa kerana ia telah dihubungkan ketalian luar Negara.Malah perisian jahat itu boleh mencuri rahsia dalam komputer seperti nombor kad kredit dan perkara-perkara yang kita tidak sedari boleh membawa masalah dan mengundang padah pada diri sendiri.

Muhammad Fakhruddin Ismail

Memerangi Khurafat Filem Seram dan Hantu di Malaysia

Di Malaysia sehingga ke saat ini masyarakat Islam secara umum masih lagi dihantui oleh kepercayaan khurafat dan amalan mistik yang boleh menggugat dan merosakkan Aqidah. Filem seram seperti yang ditayangkan di televisyen misalnya banyak mengarut dan sangat jauh daripada Islam.

Kepercayaan bahawa orang mati boleh menjadi hantu dan kewujudan saka yang dinamakan dengan pelbagai nama sebenarnya adalah sesat dan boleh membatalkan keimanan kepada Allah swt.

Kita melihat banyak filem-filem seram misalnya menceritakan perihal orang yang mati kemudian bangkit daripada kubur lalu menjadi hantu. Ada juga kisah filem yang menceritakan perihal orang yang mati dalam keadaan rohnya tidak diterima lalu terawang-awangan menghantui manusia kerana dosanya.

Perkara ini semua membatalkan aqidah.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dengan hadis hasan yang marfu dari Abu Hurairah ra bahawa nama para malaikat tesebut ialah Munkar dan Nakir.

Disebutkan oleh baginda rasulullah dalam hadis yang banyak, baik melalui riwayat Abu Daud, Nasaie, Abi Syaibah dan lain-lain mengenai datangnya 2 malaikat dan menyoal manusia akan siapakah tuhannya ? Apakah agamanya ? siapakah nabinya ? dan jika seorang manusia itu dapat menjawab soalan para malaikat maka akan dibukakanlah baginya pintu-pintu syurga sehingga dia dapat melihat tempat tinggalnya di syurga dan diperluaskan baginya kubur serta beristirehatlah dia dengan penuh nikmat dan tenang sambil menanti datangnya hari kiamat.

Orang yang mati tidak boleh hidup semula dan setiap yang mati maka roh mereka akan kembali kepada Allah swt dan disebut oleh para ulama bahawa roh –roh manusia akan memasuki alam barzakh (alam kubur) untuk disoal-siasat sehingga ke hari akhirat.

Hal ini jelas dan wajib diimani dan sabit (jelas) disebutkan dalam sebuah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah ra dari Nabi Salallahualaihiwasalam yang pernah bersabda dengan bermaksud :

“ Sesungguhnya manusia itu apabila akan menjadi mayat maka dia akan didatangi oleh malaikat, dan jika lelaki itu seorang yang soleh (baik) maka akan dikatakan kepadanya keluarlah wahai jiwa yang baik dan berada dalam jasad yang baik pula, keluarlah dengan kemuliaan dan bergembiralah dengan keredhaan tuhan, lalu apabila ruh itu sudah keluar maka akan segeralah dibawanya ke langit lalu apabila di sana akan dibukalah pintu kepadanya sambil ditanya oleh Malaikat di langit siapakah lelaki itu ? Maka dijawab si fulan dan si fulan. Lalu akan menyambutlah para malaikat dengan sebaik sambutan sambil menyebut : Selamat datang wahai jiwa yang baik dan berada pula dalam jasad yang baik bergembiralah dengan keredaan tuhan dan berbau wangilah jiwanya. Sehinggalah ruh itu dibawa jumpa Allah swt lalu dikembalikan ke kuburnya dengan kegembiraan sambil menanti di kuburnya akan kedatangan hari kiamat.

Manakala jika manusia yang mati itu seorang yang jahat maka apabila di datangi malaikat dikatakan kepada jiwanya keluarlah wahai jiwa yang keji, dalam jasad yang buruk keluarlah dengan penuh kehinaan dan bergembiralah dengan neraka dan azab. Lalu apabila dibawa ruh itu ke langit maka berkatalah malaikat penjaga pintu di langit, siapakah yang berbau busuk ini ? maka dijawablah fulan dan si fulan maka berkatalah mereka, wahai jiwa yang keji tiadalah kebaikan bagimu tidak lah dibukakan pintu buatmu wahai jiwa yang keji dalam jasad yang buruk pula. Kembalilah engkau dalam kehinaan lalu ruh iu pun dibawa ke kuburnya lalu diazab.” (Hadis Sahih riwayat Ahmad no.8754, Nasaie’, Ibnu Majah)

Tiada suatu roh pun yang akan terlepas daripada cengkaman Malaikat dan roh-roh ini akan dibawa ke langit untuk menemui Allah swt dan sekiranya roh tersebut ialah roh orang yang beriman maka ianya akan disambut dengan baik dan pintu langit akan dibuka manakala jika roh tersebut adalah roh yang jahat maka ianya akan dicampak dari langit ke bumi sehingga terbenam dan dikembalikan ke lubang kubur untuk menghadapi soal siasat malaikat.

Ini semua termasuk perkara ghaib dan segala kejadian seperti soal jawab malaikat di alam kubur ialah kejadian yang tidak dapat dilihat dan digambarkan oleh mata kasar.

Sebahagian ulama menyatakan haram hukumnya cuba meniru atau mengambarkan kejadian di alam kubur kerana ianya termasuk persoalan ghaib yang tidak disuruh kita mengambarkan atau memikirkan mengenainya sebaliknya cukup hanya mengimani dan membenarkan.

Mengatakan atau mempercayai bahawa ada roh manusia yang tidak diterima terawang-awangan di dunia kerana jahatnya perbuatan pemilik roh itu sewaktu hidup adalah sesat dan dusta.

Ini disebut oleh rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud : “Sesungguhnya seorang manusia itu apabila telah diletakkan dalam kubur dan beredar kaum kerabatnya meninggalkan kuburnya maka akan terdengarlah olehnya bunyi derapan kasut mereka itu dan datanglah dua malaikat duduk di sisinya ”. (hadith Sahih riwayat Bukhari no. 1369)

Rasuk dan buatan orang

Pada hari ini kerap sangat kita melihat ramai orang pergi dan menuju kepada dukun dan bomoh bagi memohon pertolongan dan meminta pertolongan menyembuhkan pelbagai penyakit dan masalah.

Ramai orang mengadu kepada saya bahawa dia terkena sihir, muntah berdarah dan sebagainya namun hakikatnya semuanya adalah dusta. Bukan sihir tidak wujud tetapi ramai dikalangan kita begitu mudah menganggap sesuatu hal itu sebagai sihir dan buatan orang sedangkan realiti ialah sebaliknya.

Sudah beberapa kali orang datang berjumpa dengan saya minta diubatkan, katanya : Ustaz, tolong saya… kami sudah berubat di merata tempat dan pihak hospital tidak tahu apakah punca sakitnya.

Doktor kata tidak ada sakit apa-apa tetapi saya tetap merasa sakit dan seperti ada penyakit.

Apabila berjumpa dengan bomoh dan dukun mereka mengatakan saya terkena sihir dan buatan orang tetapi sudah ramai mengubat tetap tidak sembuh.

Setelah dilihat saya mengatakan : “Tuan tidak terkena sihir atau buatan orang sebaliknya mesti ada sakit yang normal yang tidak dapat dikesan oleh doktor melainkan perlu diperiksa oleh pihak pakar dan kena buat kajian makmal.

Tidak lama selepas itu ternyata orang yang sakit itu sebenarnya terkena kanser.

Kanser disangka sihir.

Dukun dan bomoh yang menyesatkan.

Hukum menemui bomoh ialah haram dan berdosa serta boleh mengugurkan aqidah. Berjumpa dan menemui mereka adalah berdosa dan sesungguhnya perbuatan itu sangatlah ditegah oleh Allah dan Islam melarang sebarang usaha ke arah menyokong amalan syirik seperti bomoh atau dukun termasuk ustaz yang mengubat tanpa menggunakan Quran dan As-sunnah.

Sesungguhnya telah diriwayatkan dari Muawiyah bin Hakam Al-Sulami yang berkata : Aku telah bertanya nabi salallahualaihiwasalam mengenai perbuatan kami pada masa jahiliyyah yang selalu mendatangi dukun dan bomoh bagi meminta nasihat dan menyelesaikan masalah maka bersabdalah nabi salallahualaihiwasalam :
فلا تأتوا الكهّان
“Dan janganlah lagi kamu mendatangi dukun (termasuk bomoh).” (Hadis Sahih, riwayat Muslim dalam Kitab Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi Jilid 14, no 5774, Ahmad Jilid 7, no. 24166)

Sesungguhnya menurut Imam Nawawi dalam mensyarahkan hadis ini menyebut sesungguhnya perbuatan mendatangi bomoh dan dukun ini merupakan perbuatan jahiliyyah dan hanya dibuat ketika zaman jahiliyyah lalu tidak wajar dan sangat tidak patut umat Islam hari ini melakukannya setelah berlalu zaman jahiliyyah dan sudah datang Islam yang membawa sinar cahaya dan pertunjuk hidayah dari Allah swt.

Apalah faedahnya mendatangi dukun dan bomoh ? Sedangkan mereka sendiri manusia biasa dan jahil serta tidak pun mengetahui perihal ghaib dan tidak pun mampu menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Apakah belum cukup firman Allah swt yang menyebut :

“ Katakan sesungguhnya tidak ada sesiapa pun baik di langit dan di bumi yang mengetahui perkara ghaib melainkan Allah.” (Surah An-Naml : 65)

Kebanyakan dukun atau bomoh ini sebenarnya tiada kuasa pun mengubati penyakit dan menyelesaikan masalah sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud : “Dan tidaklah mereka itu (ahli sihir) dapat memberi mudharat kepada sesiapa pun melainkan dengan izin Allah.” (Surah Al-Baqarah : 102)

Bahkan jika diteliti mereka bukanlah golongan yang berpelajaran, juga bukanlah mempunyai kepakaran tertentu yang dipunyai cuma sedikit kepandaian menipu dan kepandaian dalam hal-hal ghaib serta mempunyai hubungan dengan sihir dan alam syaitan.

Diriwayatkan dari Ummul Mukminin Aisyah ra ketika bertanya kepada baginda tentang perihal bomoh dan dukun yang kadang-kadang apabila memberitahu sesuatu ternyata benar maka baginda salallahualaihiwasalam pun bersabda :
تلك الكلمة من الحق يخطفها الجني فيقرها في أذن وليّه فيخلطون معها مائة كذبة
“ Itu ialah kalimah (khabar) yang benar yang dicuri oleh jin (termasuk syaitan) lalu membisikkannya ke telinga tuannya sambil mencampuri bersamanya seratus pembohongan.” (Hadis Sahih disepakati oleh Bukhari no. 5762 dan Muslim no 2228)

Lihatlah betapa sesatnya orang Melayu yang pergi berjumpa bomoh meminta air penawar dan penerang hati bagi anak-anak untuk berjaya dalam peperiksaan sedangkan si bomoh itu sendiri memiliki anak-anak yang semuanya gagal dalam pelajaran.

Sesungguhnya segala hasil dari pendapatan si bomoh tadi dalam mengubati orang dengan kepandaian sihirnya ialah haram dan setiap perkataannya juga ialah haram diamalkan dan dipercayai.

Diriwayatkan dari Safiyah binti Abi Ubaidah ra dari isteri-isteri nabi dari baginda nabi yang pernah bersabda dengan maksudnya :
“ Barangsiapa yang mendatangi bomoh (juga dukun) lalu bertanyakan sesuatu darinya kemudiannya membenarkan apa yang diberitahu oleh bomoh tersebut maka tidaklah diterima solatnya (amalan kebajikan) selama 40 hari.” (Hadis Sahih, riwayat Bukhari no. 2230)

Disebut oleh Al-Khutobi bahawa yang dimaksudkan sebagai عرافا atau كهان adalah sama sahaja maknanya cumanya عرافا ialah sebutan mashyur kepada mereka yang mengaku mengetahui di manakah barang yang hilang manakala كهان lebih kepada istilah umum bagi bomoh dan dukun dalam bahasa arab. (Lihat Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh An-Nawawi Jilid 14, ms. 446)

Bagaimanapun dalam masyarakat Melayu mereka semua ini sama sahaja dikenali sebagai baik dukun atau bomoh tanpa ada beza dan para ulama’ semuanya bersepakat mengenai haramnya perbuatan tersebut.

Selain dari itu, kerap juga berlaku penyelewengan dalam masyarakat Melayu ialah apabila mereka hanya mengingati Allah dan meminta pertolongan Allah apabila mereka dalam kesusahan.

Ketika berlaku kemalangan, musibah yang melanda barulah dapat kita melihat golongan ini memakai kopiah putih dan mencari naskah Al-Quran dan membelek-belek surah yasin serta membaca dengan penuh pengharapan sedangkan sebelum ini langsung tidak pernah mengenal tikar sejadah dan jarang sekali mengangkat wudhuk.

Sikap ini samalah dengan golongan kafir yang disebut oleh Allah dalam Al-Quran :

“ Dan ketika mereka menaiki kapal di tengah lautan dan menghadapi bahaya di lautan maka segeralah mereka berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas dan lurus namun apabila mereka telah diselamatkan dari bahaya dan pulang dengan selamat ke daratan maka mereka pun kembali menjadi syirik kepada Allah.” (Surah Al-Ankabut : 65)

Sangatlah ramai manusia sebegini hanya mengenal tuhan apabila berlaku kematian, musibah dan kemalangan, bila menghadapi kekecewaan dan putus harapan kepada makhluk maka kepada Allah mereka ini menuju namun bila segala hasrat sudah dipenuhi tiadalah mereka mengingati Allah kecuali sedikit.

Sesungguhnya ganjaran dan perintah bertawakkal kepada Allah sangatlah besar kerana pergantungan dan pengharapan kepada Allah mustahil datang melainkan dari hati yang bersih dan penuh yakin serta beriman kepada Allah dan pertolongan-Nya seperti firman Allah swt yang bermaksud : “ Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah maka sesungguhnya Allah akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberikannya rezeki dari jalan-jalan yang tidak disangkai olehnya.” (Surah Thalaq : 2-3)

20 Cara Membahagiakan Suami Anda

Tidak lengkap rasanya jika ada 20 cara membahagiakan istri Anda, tidak ada 20 cara membahagiakan suami Anda. Berikut masih dalam buku yang sama, “Nasihat Indah Untuk Suami Istri”, karya Syekh Umar Bakri Muhammad, bagaimana para istri memikat suami mereka. Semoga bermanfaat!

1.Anda adalah sekuntum mawar yang sedang bersinar di rumah Anda. Buatlah disaat suami Andamasuk ke rumah, dia merasa bahwa kecantikan dan keharuman mawar tersebut, tidak bukan dan tidak lain hanyalah untuknya seorang.

2.Bagaimana caranya agar suami Anda itu bisa merasa damai dan nyaman, baik dengan perbuatan ataupun dengan kata-kata ? Hal itulah yang secara terus menerus Anda selalu usahakan untuk suami Anda. Untuk kesempurnaannya, lakukan itu dengan sepenuh jiwa.

3.Sopan dan penuh perhatianlah Anda ketika berbincang-bincangdan berdiskusi, jauhkanlah perdebatan dan sikap keras kepala untuk mengemukakan pendapat Anda.

4.Pahamikebenaran dan keindahan prinsip-prinsip Islam di balik kelebihan sang suami terhadap Anda selaku istri, yang memang terkait dengan kodrat seorang wanita, dan janganlah hal ini dianggap sebagai sesuatu yang dzolim (penindasan).

5.Lembutkanlah suara Anda ketika berbicara dengan sang suami dan pastikan suara Anda tidak meninggi pada saat dia bersama Anda.

6.Pastikan Anda bangun pada malam hari untuk melakukan sholat malam secara rutin, hal ini akan membawa kecerahan dan kebahagiaan pada perkawinan Anda, sungguh mengingat Allah SWT akan membawa ketenangan pada hati Anda.

7.Bersikaplah diam ketika suami Anda sedang marah dan jangan tidur kecuali dia mengijinkannya.

8.Berdirilah dekat suami Anda ketika dia sedang memakai baju dan sepatunya.

9.Buatlah suami Anda merasa bahwa Anda menginginkan sang suami untuk mengenakan baju yang Anda pilih buat dia, pilihlah pakaian itu oleh Anda sendiri.

10.Anda harus sensitif dan memahami kebutuhan suami Anda, untuk menjadikan pernikahan Anda menjadi yang terbaik tanpa menghabiskan waktu Anda.

11.Ketika ada perselisihan pendapat, hendaknya Anda tidak menunggu agar sang suami meminta ma’af kepada Anda (jangan jadikan hal ini sebagai prioritas utama harapan Anda) kecuali kalau suami Anda secara sadar mengakuinya.

12.Rawatlah penampilan dan pakaian suami Anda, biarpun kelihatannya suami Anda malas untuk merawat dan memakainya, tapi yakinlah bahwa dia akan menyukainya sebagaimana teman-temannya juga akan menyukainya.

13.Hendaknya Anda tidak selalu mengandalkan suami Anda untuk berkeinginan melakukan hubungan badan,sekali-kali Anda mulailah lebih dulu, tentu pada saatyang tepat.

14.Di malam hari, jadilah seperti pengantin baru buat suami Anda, janganlah Anda beranjak tidur lebih dulu dari sang suami, kecuali kalau dirasa sangat perlu.

15.Janganlah menunggu atau mengharapkan balasan dari semua perbuatan dan kebiasaan baik Anda,banyak suami karena kesibukan kerjanya, gampang melupakan untuk melakukan hal tersebut,atau secara tidak sengaja lupa untuk menyampaikan penghargaan yang semestinya kepada Anda.

16.Hendaknya berbuat sesuai dengan keadaan dan kemampuan keuangan yang ada, dan jangan meminta sesuatu yang berlebihan dan mahal.

17.Ketika suami Anda baru pulang dari perjalanan yang lama ataupun bepergian dari tempat yang jauh, sambutlah dia dengan wajah yang ceria dan tunjukkanlah bahwa Anda sangat merindukan kedatangannya.

18.Ingatlah selalu bahwa keberadaan sang suami adalah salah satu sarana mendekatkan diri Anda kepada Allah SWT.

19.Pastikan Anda untuk selalu memperbaharui dan merubah bentuk penampilan Anda, sebagai tanda dan ungkapankasih Anda menyambut suami tercinta.

20.Ketika sang suami meminta sesuatu untuk melakukan hal-hal tertentu, maka pastikan Anda melakukannya dengan sigap dan sepenuh hati,jangan sampai Anda merasa enggan dan lamban.

Source: Almuhajirun

Sumber: http://www.arrahmah.com/index.php/blog/read/4928/20-cara-membahagiakan-suami-anda

20 Cara Membahagiakan Istri

Rumahku Surgaku.Itulah harapan sebuah pernikahan. Memang, tidak mudah untuk mewujudkan harapan tersebut, bisa-bisa rumahku menjadi nerakaku. Dibutuhkan kerjasama yang harmonis diantara suami dan istri ketika mengarungi bahtera pernikahan. Selain itu, dibutuhkan pemahaman mengenai cara memelihara pernikahan agar tetap harmonis dan tahan terhadap badai ujian.Berikut penjelasan praktis dan padat karya Syekh Umar Bakri Muhammad “Nasihat Indah Untuk Suami Istri” yang diterbitkan oleh Cakrawala Publishing.

Rasulullah SAW bersabda :

“ Yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik (perlakuannya) terhadap istri-istrinya dan aku adalah yang terbaik di antara kalian terhadap istri-istriku.”

Rasullullah SAW juga bersabda :

“ Tidak ada yang memuliakan wanita dengan sejati kecuali laki-laki yang pemurah (dermawan) dan tak seorangpun yang menghina mereka (wanita) kecuali laki-laki yang kasar.”

Tugas-tugas seorang suami kepada istrinya :

1.Hendaklah Anda selalu memperlihatkanlah wajah yang menyenangkan ketika masuk ke rumah, ucapkan salam Islam “assalaamu’alaikum” dengan senyuman yang manis, raih tangannya dan peluklah istri Anda dengan mesra.

2.Ketika berbicara, untaikan kalimat yang manis serta memikat istri Anda. Usahakan istri Anda merasa benar-benar diperhatikan dan menjadikannya wanita paling khusus untuk Anda. Untaian kalimatyang disampaikan kepadanya hendaknya jelas (ulangi jika perlu) dan panggillah istri Anda dengan sebutan yang dia sukai seperti ; manisku, sayangku, cintaku dan lain sebagainya.

3.Meskipun Anda mempunyai beban kerja yang banyak, luangkanlah waktu untuk beramah tamah dan bercengkerama dengan istri Anda. Hal ini jugadilakukan oleh Rasulullah SAW dimana beliau juga beramah tamah dan menghabiskan waktu bersama para istri beliau, meskipun pada saat itu beliau juga penuh dengan pekerjaan serta beban tanggung jawab yang sangat besar.

4.Mainkanlah suatu permainan ataupun selingan yang menggembirakan bersama istri Anda. Hal ini dinyatakan dalam suatu hadist bahwa Rasullah SAW bersabda: “Semua hal yangdi dalamnya tidak menyebut nama Allah SWT, adalah suatu kesia-siaan, kecuali dalam empat hal : seorang laki-laki yang sedang bermain dengan istrinya, melatih kuda, membidik di antara dua sasaran, serta mengajarkan berenang.”

5.Membantu pekerjaan sehari-hari rumah tangga.Usahakan Anda membantu dan menolong istri Anda dengan tugas-tugas keseharian rumah tangga Anda, seperti membeli makanan, mempersiapkan makanan,membersihkan serta mengatur rumah, dan lain sebagainya. Hal-hal seperti ini akan membawa kebahagiaan tersendiri pada diri istri Anda dan tentu saja akan semakin memperkuat cinta Anda dan hubungan Anda bersama sang Istri.

6.Usahakan musyawarah selalu menghiasi rumah tangga Anda. Bermusyawarahlah dengan istri Anda, dalam setiap permasalahan. Pendapat yang di sampaikan Ummu Salamah kepada Rasulullah SAW pada saat perjanjian Hudaibiyyah adalah suatu kejadian yang sangat terkenal. Hal ini merupakan cara yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk bermusyawarah dengan para istri dan para sahabat beliau.

7.Ketika Istri Anda sedang berkunjung ke tempat saudaranya, teman-temannya, serta orang-orang saleh, maka temanilah istri Anda.

8.Tata cara melakukan perjalanan dan meninggalkan istri di rumah. Jika Anda tidak bisa membawa serta istri Anda dalam perjalanan, maka ucapkanlah selamat tinggal dengan penuh rasa sayang, bekalilah istri Anda dengan persediaan kebutuhan sehari-hari dan uang secukupnya, mintalah istri Anda untuk mendo’akan Anda, sering-seringlah untuk menghubungi istri Anda. Jangan lupa untuk meminta pertolongan kepada orang yang Anda percayai untuk menjaga keluarga Anda selama Anda bepergian. Persingkat perjalanan Anda jika dirasa sudah tidak penting lagi dan pulanglah dengan membawa oleh-oleh. Hindari untuk pulang pada malam hari atau pada saat-saat yang tidak diharapkan.

9.Dukungan keuangan. Tumbuhkanlah sikap dermawan pada diri Anda (tidak pelit) dalam urusan pengeluaran rumah tangga Anda, tentunya harus sesuai dengan kemampuan keuangan Anda. Dukungan keuangan yang baik(tidak boros tentunya) akan sangat berguna untuk memelihara kestabilan perkawinan Anda.

10.Buatlah diri Anda agar selalu berbau harum dan perindah penampilan Anda . Allah SWT itu indah dan Dia menyukai keindahan. Maka selalu bersihlah Anda, rapi, dan pakailah parfum. Ibnu Abbas r.a. berkata : “Saya menyukai keindahan diri saya sendiri untuk istri saya, seperti halnya saya menyukai keindahan istri saya untuk saya.”

11.Tentang hubungan seksual. Merupakan tugas dari suami untuk mencukupi kebutuhan serta hasrat seksual sang istri. Bisa jadi sekali waktu istri Anda sedang berada dalam masa yang sangat prima berkenaan dengan kesehatan fisik dan psikologisnya.

12.Penuh perhatian. Seorang suami muslim harus sangat perhatian dan penuh perasaan terhadap istrinya. Istri Anda pasti mengalami dan melewati bermacam-macam perubahan baik secara fisik dan psikologis. Pada saat-saat seperti itu, istri Anda sangat memerlukan suatu perlakuan yang mesra dan penuh perhatian, agar istri Anda bisa menghapus kesusahan dan kesedihan yang sedang dialaminya, serta menenangkan perasaannya yang mudah tersentuh.

13.Jagalah kerahasiaan perkawinan Anda. Diriwayatkan dalam sebuah hadist oleh Abu Sa’id Al-Khudry bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Sungguh di antara orang yang paling buruk di hadapan Allah SWT pada saat hari kebangkitan adalah laki-laki yang mendatangi istrinya untuk melakukan hubungan badan, dan dia membeberkan rahasia itu (tentang hubungan badan) kepada yang lain.”

14.Bekerja sama dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT, sholat berjama’ah dan selalu tingkatkan aktifitas Anda dalam beribadah kepada Allah SWT, seperti bersedekah, dzikir (mengingat Allah SWT), dan sholat pada malam hari (qiyamul lail). Rasulullah SAW bersabda: “Semoga rahmat Allah SWT dilimpahkan kepada laki-laki yang bangun pada malam hari dan membangunkan istrinya untuk sholat bersamanya, dan jika dia menolak maka percikkan air ke wajahnya”.

15.Selalu menunjukkan rasa hormat kepada keluarga dan teman istri Anda.

16.Usahakan untuk mendidik istri Anda tentang islam dan berilah istri Anda nasehat-nasehat.

17.Cemburu yang sewajarnya.

18.Bersabar dan berlaku lembutlah kepada istri Anda. Kendalikan amarah Anda dan buatlah sang istri untuk menghilangkan keragu-raguannya terhadap Anda, dan nasehatilah dia ketika melakukan suatu kesalahan.

19.Jadilah pema’afdan tegurlah istri Anda dengan cara yang baik dan sampaikan pada saat yang benar-benar tepat.

20.Jadilah seorang suami muslim yang sejati, dan terapkan semua yang pernah dibaca dan dipahami tentang Islam,dengan arif dan bijaksana.

Sumber: http://www.arrahmah.com/index.php/blog/read/4861/20-cara-membahagiakan-istri-anda

Islam Anda Tafsiran Siapa ?

Oleh: Emran Ahmad

Sumber: http://ustaz.blogspot.com

Tahukah anda bahawa Islam yang anda fahami, ketahui dan amalkan selama ini ialah Islam yang berdasarkan tafsiran pihak tertentu ?

Pihak tertentu itu boleh jadi rasulullah, boleh jadi para sahabat dan boleh jadi juga ulama serta guru-guru yang menjadi rujukan kita di dalam agama.

Kita beragama berdasarkan tafsiran mereka.

Mari kita lihat sejarah penafsiran agama Islam ini sejak zaman awal.

RASULULLAH MENAFSIRKAN AGAMA ISLAM

Ini disebut oleh para sahabat seperti hadis riwayat Jabir ra yang mengisahkan perihal haji rasulullah dengan berkata yang bermaksud : “dan ketika itu Rasulullah berada di tengah-tengah kami, dan al-Quran diturunkan kepada baginda. Dialah yang mengetahui takwilnya. Apa-apa yang baginda lakukan, kami turut melakukannya..” (Hadis disepakati Bukhari no. 246 dan Muslim no. 2271, hadis ini panjang tetapi saya mengambil petikan yang berkaitan sahaja)

Jumlah ayat-ayat hukum di dalam Al-Quran tidaklah banyak jika kita mahu beramal hanya dengan berpandukan kepada Al-Quran tanpa merujuk tafsiran rasulullah ini disebabkan ayat-ayat sekitar hukum muamalat, hal peribadi, jinayat, keadilan dan persaksian hanya sekitar 200 ayat manakala bab jihad cuma sekitar 140 ayat.

Allah swt befirman yang bermaksud : “Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.” (Surah An-Nahl : 44)

Disebut di dalam ayat 44 Surah An-Nahl bahawa peranan rasulullah ialah untuk menerangkan dan itulah peranan utama Rasulullah disamping menyampaikan maka baginda juga bertanggungjawab mentafsirkan agama ini kepada orang ramai. Kita boleh melihat hadis-hadis yang mengandungi tunjuk ajar hukum berjumlah sekitar 4500 buah hadis seperti yang disebutkan oleh Al-Imam Ibnu Qayyim di dalam kitabnya I’lamul Muwaqi’in.

Di dalam sebuah hadis misalnya para sahabat bertanya kepada baginda mengenai lautan. Mereka mengharungi laut dan tidak membawa air tawar yang mencukupi untuk digunakan bagi mengambil wudhuk maka apakah mereka boleh berwudhuk dengan menggunakan air laut ?

Rasulullah bersabda : “Ya, Air laut itu boleh digunakan untuk bersuci serta halal bangkainya (hidupan laut adalah halal dimakan).” (Hadis sahih riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibnu Majah)

Para sahabat beragama dan melaksanakan kewajipan dan kehidupan sebagai seorang Muslim menurut tafsiran rasulullah salallahualaihiwasalam terhadap isi kandungan Al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt.

Maka mereka yang mengikuti tafsiran rasulullah itu dijamin benar dan terjamin akan menerima balasan syurga disebabkan tafsiran rasulullah itu pastinya bertepatan dengan kehendak Allah swt di dalam beragama.

Allah swt befirman yang bermaksud : “Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan Tiadalah apa yang diucapkannya itu terjadi dengan menurut kemahuan hawa nafsunya. Sebaliknya ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (Surah An-Najm : 2-4)

“Apa yang diberikan Rasul kepada kamu, maka ambillah ia, dan apa yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah.” (surah al Hasyr : ayat 7)

Fungsi sunnah ialah sebagai pentafsir dan penjelas kepada isi-isi kandungan Al-Quran sebagaimana disebut oleh baginda salallahualaihiwasalam yang bermaksud :“Bukankah aku ini diberikan Al-Quran kepadaku dan sesuatu yang menyerupainya (Sunnah).” (Hadis Sahih, riwayat Abu Daud no. 4604, lihat dalam Sahih Jami’ no. 2643)

Antara contoh-contoh tafsir dengan sunnah nabi salallahualaihiwasalam tertentu, atau wujud penerangan dari baginda pada maksud ayat tertentu yang boleh diketahui dengan merujuk pada hadis-hadis baginda dalam kitab hadis seperti Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Riwayat dari Ibnu Mas’ud ketika turunnya ayat : “ Mereka yang beriman dan tidak mencampuri iman mereka dengan kezaliman.” (Surah Al-An’am : 82)

Maka para sahabat pun kehairanan bagaimana memakai (mencampuri) keimanan dengan kezaliman maka mereka pun bertanya kepada baginda lalu baginda pun menjawab dengan sabdanya : “Sesungguhnya yang dimaksudkan ialah Syirik.” (Hadis Sahih, riwayat Bukhari no.3560, lihat Fathul Bari Jilid 6, ms. 484 & Muslim no. 124)

Begitulah juga seperti dalam Surah Al-Kausar ketika ditanya kepada baginda apakah itu Al-Kausar maka baginda menjawab : “Al-Kausar itu ialah sungai yang diberikan oleh tuhanku di Syurga.” (Hadis Sahih, riwayat Muslim no.400 & Ahmad Jilid 3, no. 102)

Setelah kewafatan rasulullah siapakah yang mengajarkan manusia agama ? dan orang ramai beramal di dalam agama menurut tafsiran siapa ?

Apabila kewafatan rasulullah, tafsiran rasulullah telah dihafal dan diserapi oleh para sahabat melalui kehidupan mereka. Ini terbukti berdasarkan hadis Ibnu Mas’ud ra :“Sesungguhnya para sahabat ra jika belajar 10 ayat dari Al-Quran, maka tidaklah mereka meneruskan dengan ayat yang lainnya melainkan mereka terlebih dahulu telah mengetahui maknanya dan beramal dengannya.” (Sila lihat Mukhtasar Tafsir Ibn Katsir Jilid 1, ms. 15,).

Tafsiran sahabat diyakini oleh ulama Islam sebagai rujukan agama kerana merekalah generasi terbaik yang berada di samping baginda ketika turunnya wahyu daripada Allah swt.

Sebagaimana kata Abdullah bin Mas’ud ra : “ Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya, tidaklah turun satu ayat pun di dalam Al-Quran melainkan aku tahu pada siapa diturunkan dan di mana diturunkan dan tidaklah aku mengetahui ada orang yang lebih alim tentang kitab Allah dari aku melainkan aku akan segera menunggangi kenderaan mendatanginya.” (Sila lihat Mukhtasar Tafsir Ibnu Katsir Jilid 1, ms. 15)

Pada zaman ini para sahabat berdepan dengan cabaran-cabaran baru dan umat Islam mula terdedah kepada pelbagai masalah. Namun kewujudan para sahabat menjadi penyelamat kepada keadaan ini.

Kemampuan mereka memahami Al- Quran dan memahami pertunjuknya menyebabkan umat Islam masih terpelihara dan mampu mengatasi masalah yang dihadapi.

Para ulama’ sahabat yang masyhur ialah Khalifah ar-rasyidin yang empat, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Zaid Ibnu Thabit, Abu Musa Al-asya’ari, Abdullah ibnu Zubair, Anas Ibnu Malik, Abdullah Ibnu Umar, Jabir ibnu Abdillah, Abdullah ibnu Amru bin Al-Ash, Ummul Mukminin Aishah dan ramai lagi yang tidak termuat di sini.

Mereka tidak menghadapi sebarang masalah dengan kefahaman mereka yang mendalam dan sikap mereka yang teguh serta tegas dalam mempertahankan sunnah menyebabkan masyarakat ketika itu masih mengikut Al-Quran dan As- Sunnah hasil didikan mereka.

Dalam menghadapi permasalahan para sahabat menjelaskan maksud-maksud Al-Quran kepada maksud asal yang di fahami oleh mereka berdasarkan penerangan dari rasulullah di samping menggunakan kekuatan bahasa arab yang mereka miliki untuk memahami ayat-ayat Allah.

Suasana ini berterusan hingga ke zaman anak-anak mereka iaitu tabien.

Para sahabat ra berusaha mendidik generasi anak-anak mereka dengan didikan yang sama yang mereka terima dari nabi salallahualaihiwasalam. Ketika ini kebanyakan para sahabat mempunyai madrasah dan mendidik generasi tabien dengan apa-apa yang mereka telah pelajari dari rasulullah.

Di antara Khalifah Ar-Rasyidun, yang paling banyak diambil ilmu darinya ialah Ali Ibnu Thalib ra, manakala yang lainnya agak kurang diambil riwayat dari mereka lantaran telah awal meninggal dunia.

Sebagaimana riwayat daripada Abi Tufail berkata aku menyaksikan Ali berkhutbah dan dia berkata : “Tanyalah aku dan demi Allah tidaklah kamu bertanya aku melainkan aku memberikan kepada kamu jawapannya. Bertanyalah kepada aku tentang kitab Allah dan demi Allah tiadalah sesuatu pada ayat Allah melainkan aku mengetahuinya.”(Al-Itqan Fi Ulum Quran, Jilid 3, ms. 479)

Begitulah juga pada sahabat-sahabat yang lain yang juga mengetahui isi-isi Al- Quran.

Di Kufah para sahabat yang mengajar antaranya ialah seperti Ali ra, Ibnu Mas’ud ra dan di Makkah ialah Ibnu Abbas ra, Abdullah Ibnu Umar ra dan di Madinah seperti Ubai Bin Ka’ab ra. (Al-Itqan Fi Ulum Quran, Jilid 2, ms. 183)

Ibnu Mas’ud banyak mengambil riwayat dan ilmu daripada Ali ra, dan kemudiannya dari Ibnu Mas’ud maka lahir madrasahnya yang mendidik tabien dan antara yang mengambil ilmu dari Ibnu Mas’ud ialah seperti Al-Qamah bin Qais, Abu Ali’yah, Dhahak, Qatadah dan Hasan Al-Basri.

Manakala di Makkah, Ibnu Abbas merupakan antara ulama’ sahabat yang tersohor dan masyhur serta menjadi tempat ramai tabien mengambil ilmu. Antara yang mengambil ilmu dari Ibnu Abbas ialah seperti Mujahid, Atho bin Rabih, Ikrimah, Sa’id bin Jubair dan Thowus bin Kaisan Al-Yamani.

Di Madinah pula yang mengajar terdiri dari Ubai bin Ka’ab ra dan lain-lain sahabat yang menetap di Madinah (golongan Ansar) yang darinya lahir Zaid bin Aslam dan ramai lagi ulama’ tabien. Demikianlah proses pewarisan ilmu dan kefahaman dari sahabat kepada tabien dan kemudiannya disambung oleh tabien sebagai pemegang amanah ilmu dan amal selepas kematian para sahabat ra.

ZAMAN TABIEN

Para tabien merupakan generasi ke –3 yang lahir selepas sahabat dalam sekitar tahun 150 Hijrah dan mereka merupakan pewaris ilmu dan peninggalan para sahabat dalam ilmu kefahaman dan amal.

Namun pada zaman para tabien disebabkan oleh perluasan wilayah dan ramainya golongan yang memeluk Islam dari pelbagai bangsa dan suku kaum menyebabkan Islam menghadapi masalah akibat kejahilan dan perpecahan yang melanda masyarakat ditambah peranan kaum munafiq dan yahudi yang secara diam-diam berusaha menghancurkan kekuatan Islam dari dalam.

Golongan tabien yang mengambil ilmu dari sahabat secara umum masih mampu menangani masalah walaupun ketika itu dalam sekitar pemerintahan akhir Bani Umaiyah dan awal pemerintahan Abasiyyah yang menyaksikan pelbagai peristiwa berlaku yang membawa pertumpahan darah, perpecahan akibat politik dan fitnah serta munculnya golongan sesat seperti Khawarij, Syiah dan Qadariah serta Murjiah dan Muktazilah.

Namun Allah tetap menjaga umat ini dengan menetapkan bagi setiap umat ulama’ yang menjaga agama dan ketika itu ulama’ tabien yang mewarisi ilmu dari sahabat ialah seperti Sa’ad bin Jubair, Mujahid, Atho bin Rabih, Hasan Al-Basri, Qatadah, Zaid bin Aslam, Muhammad bin Ka’ab dan lain-lain ulama ummah yang merupakan pelita menerangi zaman.

Dari Fudhail yang telah menyebut aku mendengar dari Mujahid yang telah berkata : “Aku membaca Al-Quran kepada Ibnu Abbas sebanyak 3 kali dan aku berhenti pada setiap ayat dan bertanya tentang apa yang diturunkan dan bagaimana keadaannya.” (Al-Itqan Fi Ulum Quran Jilid 3, ms. 485)

Malah berkata Sufyan As-Sauri : “ Ambillah ilmu tafsir dari Sa’ad bin Jubair, Mujahid, Ikrimah dan Dha’hak.” (Lihat : Hilyatul Auliya’ Jilid 3, ms. 329)

Ketika ini ulama’ tabien bukan sahaja terpaksa berusaha memahami ayat Allah menurut maksud asal seperti yang difahami oleh para sahabat yang mengambil dari rasullullah sebaliknya terpaksa berusaha mendidik masyarakat dan memahamkan golongan baru Islam dengan apa yang diturunkan Allah di samping memberi pemahaman tentang situasi yang berlaku ketika itu yang tidak pernah menimpa para sahabat sebelumnya.

Kemasukan orang Ajam (bukan arab) ke dalam Islam , pembukaan kota-kota besar dan penaklukan dan perluasan wilayah Islam menyebabkan zaman tabien ketika itu terdedah kepada kemasukan pelbagai budaya dan pegangan asing yang cuba diserap masuk untuk dijadikan sebahagian dari ajaran Islam dan menyebabkan para tabien terpaksa berusaha keras memahamkan masyarakat akan ajaran Islam yang asli dan sebenar di samping membanteras kemasukan fahaman asing yang cuba dijadikan sebagai sebahagian dari Islam demi memelihara keaslian dan kesucian agama Islam.

Di Mekah ulama tabien yang membuka madrasah dan mengajar ialah seperti Atho bin Rabih, Mujahid dan lain-lain murid ibnu Abbas ra.

Manakala di Kufah pula dari murid Ibnu Mas’ud seperti Ibrahim An- Nakhaie’ dan Qatadah.

Di Basrah pula seperti Hasan Al-Basri.

Manakala Said bin Musayyib serta Salim bin Abdullah bin Umar pula di Madinah.

Selepas tamatnya zaman tabien dan di era pengakhiran zaman Bani Umaiyah serta memasuki zaman baru Bani Abbasiyyah maka telah wujud usaha dan proses membukukan hadis rasulullah dan tafsir. Seperti usaha membukukan tafsir oleh Sufyan bin Uyainah (meninggal 160 Hijrah), Waqi bin Jarah (meninggal 197 Hijrah), Syu’bah bin Hajjaj (meninggal 160 Hijrah), Yazid bin Harun (meninggal 117 Hijrah), Rauhah bin Ubadah (meninggal 205 Hijrah), malangnya tafsir mereka tidak sampai kepada kita sedikit pun melainkan kesan-kesan riwayat dalam periwayatan dari anak-anak murid mereka dan ulama’ terkemudian.

TAFSIRAN AGAMA DI ZAMAN HARI INI

Allah telah menurunkan Al-Quran kepada Rasulullah salallahualaihiwasalam sebagai panduan dan semenjak daripada itu pelbagai peristiwa dan perkara telah berlaku dan diberitahu akan terjadi sebagai ujian dan percubaan kepada hamba-hamba Allah untuk melihat siapakah yang beriman dan siapakah pula yang tidak.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan yang bersabar di antara kamu dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.” (Surah Muhammad : 31)

Agama Islam yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad terdedah kepada serangan dan pendustaan oleh mereka yang kafir dan menjadi ujian kepada hamba-hambanya yang beriman.

Firman Allah yang bermaksud : “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justeru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya.” (Surah As-Soff : 8)

PIHAK ORIENTALIS MENDAKWA RASULULLAH MENGARANG AL-QURAN

Tahukah anda bahawa sebahagian pengkaji barat yang dikenali sebagai pihak Orientalis telah mendustakan Islam dengan mendakwa rasulullah salallahualaihiwasalam telah mengarang Al-Quran dan ianya bukan daripada Allah swt.

Ini terpapar di dalam hasil tulisan mereka seperti pandangan George Sale pada abad ke 18 di dalam tulisan beliau The Preliminary Discourse to the Koran yang menyebut : “ Bahawa Muhammad itu ialah benar-benar pengarang dan pereka utama Al-Quran yang tidak dapat disangkal .” (Lihat : Buku Al-Quran dan Orientalisme terjemahan oleh Dr Zakaria Stapa dan Mohamad Asin Dollah yang merujuk dari The Preliminary Discourse to the Koran, cetakan Landon, ms. 68)

H. Lammens juga di dalam Islam : Beliefs and Institutions mengatakan : “Al-Quran ialah hasil kerja Muhammad yang sejati dan professional.” (Lihat : Buku Al-Quran dan Orientalisme terjemahan oleh Dr Zakaria Stapa dan Mohamad Asin Dollah yang merujuk dari Islam : Beliefs and Institutions, ms. 38)

Kenapa mereka mengatakan sedemikian ?

Puncanya ialah kerana sebahagian daripada mereka enggan mengakui Islam sebagai agama yang benar disebabkan oleh kekufuran mereka yang terhasil daripada pelbagai sebab.

Boleh jadi kerana ego, sombong, bongkak dan malu mengakui kesilapan mereka dan enggan tunduk kepada agama ini yang mengakibatkan mereka terpaksa menolak cara hidup barat dan kehidupan kristian yang sudah sebati dengan hidup mereka dan mereka merasa selesa dengannya.

Ada pula di antara mereka yang menolak Islam dan Al-Quran kerana terjebak oleh disiplin ilmu yang disusun oleh guru-guru mereka di dalam gereja dan menafsirkan Islam sebagai agama yang salah, silap dan sesat daripada agama langit yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, Musa dan Isa alaihiassalam.

Tahukah anda pihak gereja menanamkan kebencian terhadap Islam kepada generasi kanak-kanak dengan memberikan mereka gambaran yang salah dan buruk terhadap Islam.

Kanak-kanak seperti ini berteraburan di Eropah yang membesar dengan memiliki pengetahuan terhadap Islam dengan tafsiran yang sangat buruk hasil didikan guru-guru mereka.

BANGSA ARAB JAHILIYYAH MENOLAK DAKWAH RASULULLAH

Tahukah anda bahawa dakwah rasulullah juga telah ditolak oleh kebanyakkan ahli keluarganya ?

Bapa saudaranya menentang dakwah baginda, kaum kerabat dan juga hampir seluruh kaum Quraisy yang merupakan kabilah baginda telah menolak seruan yang dibawa oleh baginda yang mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah swt dan menjauhi syirik.

Tidakkah anda mendapati ini suatu hal yang ganjil ? Bagi seorang manusia umum, perkara seperti ini tentu terdedah kepada tafsiran bahawa dakwah baginda tidak benar kerana usahanya ditentang oleh kaum kerabat baginda sendiri.

Diriwayatkan daripada Mujahid yang menyebut bahawa : Al-’Ashi bin Wa’il pernah berkata: “Aku membenci Muhammad.” (Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi)

Ahli keluarga sendiri telah menolak dakwah tersebut maka sudah tentu ianya memberikan kesan kepada orang ramai untuk lebih tidak menyakini dan menerima seruan dakwah tersebut.

Bagaimanakah suku-suku kabilah arab yang lain mampu menerima seruan dakwah baginda sedangkan siang dan malam golongan kafir quraisy, ketua-ketua kabilah dan juga pembesar quraisy memburukkan dakwah dan peribadi baginda ?

Dalam suatu riwayat daripada Ibnu Abbas ra yang menyebutkan bahawa ketika Ka’ab Al Asyraf (tokoh Yahudi) pernah datang ke Mekah maka kaum Quraisy berkata kepadanya yang bermaksud : “Tuan adalah pemimpin orang Madinah, bagaimana pendapat tuan tentang si pendusta (merujuk nabi Muhammad ) yang diasingkan oleh kaumnya, yang mengangggap dirinya lebih mulia daripada kita padahal kita menyambut oramg-orang yang melaksanakan haji, pemberi minumnya serta penjaga Ka’bah?”

Ka’ab berkata: “Kalian lebih mulia daripadanya.”
(Diriwayatkan oleh al-Bazazar dan yang lainnya dengan sanad yang sahih yang bersumber dari Ibnu Abbas.)

Bapa saudara baginda sendiri telah menolak dakwah rasulullah.

Kenapa hal ini terjadi ?

Tafsiran Islam yang salah yang dimiliki oleh majoriti masyarakat Arab hasil perbuatan dan kejahatan para pembesar Quraisy seperti bapa saudara baginda yang kafir yang memburuk-burukkan dakwah baginda dan menentang usaha rasulullah .

Kenapa masyarakat Arab sewaktu awalnya membenci Islam ?

Salah faham dan jahil tentang dakwah rasulullah

Hanya mendengar Islam daripada musuh-musuh Islam

Ta’asub dan enggan mendengar dan mempercayai kebenaran selain dari apa yang diberitahu oleh pembesar dan tokoh mereka

Ajaran Islam bercanggah dengan amalan nenek moyang dan mampu mengubah kehidupan mereka dan sebahagian besar manusia merasa berat untuk berubah

Dakwah rasulullah merugikan mereka dan menjejaskan kesenangan duniawi yang dikecapi oleh mereka

Ditipu dan diperdayakan oleh Syaitan

Cuba anda perhatikan bahawa telah berlalu hampir seribu tahun lebih jarak masa di antara kita dan rasulullah maka sudah pasti Islam yang sampai kepada kita telah melalui tempoh yang lama dan teruji oleh pelbagai ujian dan cubaan daripada pihak musuh untuk menyelewengkan Islam.

GOLONGAN SYIAH MUNCUL MENTAFSIRKAN ISLAM MENURUT KEHENDAK MEREKA

Apabila dilihat sejarah kemunculan syiah kita pasti akan terkejut kerana mendapati bahawa mereka juga mengakui mengikut Al-Quran dan sunnah tetapi di dalam bentuk yang bagaimana dan sunnah siapakah yang dijadikan ikutan mereka.

Mengapa Syiah berbeza kepercayaan mereka dengan kebanyakan kita ?

Jawapannya ialah juga kerana tafsiran.

Tafsiran Syiah terhadap Al-Quran dan as-sunnah telah menyebabkan mereka berbeza dengan sebahagian umat Islam yang lain.

Seorang ulama Syiah yang bernama Al-Kisyi meriwayatkan daripada Abu Ja’afar yang diriwayatkan berkata : “Sejak peninggalan nabi maka semua manusia (sahabat) menjadi murtad kecuali tiga orang.” Aku berkata : Siapakah mereka yang tiga orang itu ? Abu Ja’afar menjawab mereka ialah : “AlMiqdad bin Al-Aswad , Abu Dzar Al-Ghifari dan Salman Al-Farisi.”

Lalu dia berkata itulah maksud ayat Allah yang bermaksud : “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika Dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, Maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Surah Ali-Imran : 144)

Anda boleh melihat kenyataan tokoh Syiah ini di dalam kitab Rijal Al-Kisyi, halaman 12-13 dan pembacaan anda boleh dilanjutkan di dalam buku tulisan Syeikh Dr Ihsan Ilahi Zahir.

Tidakkah anda berasa risau bahawa perbezaan tafsiran boleh membuatkan anda berbeza di dalam agama dan pengamalan ?

Syiah misalnya menafsirkan ayat 9 Surah Al-Hijr yang bermaksud : “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.” (Surah Al-Hijr : 9)

Bahawa Al-Quran ini sememangnya telah berubah dan dikurangkan tetapi yang dimaksudkan oleh Allah swt bahawa kami akan memeliharanya ialah memeliharanya di Lauf mahfuz. (Lihat : Mauizatu Tahrifi Al-Quran tulisan Sayyid Ali Al-Hairi Al-Lahuri ms. 48)

Dr Ihsan Ilahi juga menyebutkan bahawa seorang ulama Syiah yang bernama Ali Asyghar Al-Barjardi di dalam bukunya menyebut bahawa Al-Quran yang asli yang tidak diubah-suai dan terpelihara kini berada di tangan Imam (Al-Mahdi) adapun yang tersebar ialah Al-Quran yang sudah diubah suai dan dikurangkan. (Lihat : Aqaidu As-Syiah ms. 27)

Di dalam kitab Syiah bertajuk AL-Ihtijaj yang ditulis oleh At-Tibhrisi jelas menyebutkan bahawa Al-Quran itu telah diubah suai oleh para sahabat yang diketuai oleh Umar bin Khattab di halaman 76.

Anda akan menjadi seorang syiah jika membesar di dalam lingkungan syiah, persekitaran syiah dan merujuk serta mempelajari agama Islam berdasarkan tafsiran syiah.

Lalu apakah anda akan mencurigai agama Islam yang ditafsirkan oleh guru-guru anda ?
Tentu sekali tidak bukan ?

Kerana apabila persekitaran, wujud sokongan keluarga dan sahabat handai yang juga beraliran syiah maka tafsiran ini akan menjadi sebati di dalam hidup anda dan seterusnya akan menjadi darah daging dan keselesaan kepada anda.

Inilah yang kita sebutkan bahawa persekitaran membentuk pemikiran.

PENGARUH PERSEKITARAN DI DALAM MEMBENTUK PEMAHAMAN AGAMA

Persekitaran mempengaruhi agama dan kefahaman yang terbentuk, inilah yang menjadi perhatian kepada kita semua supaya mewujudkan persekitaran yang sihat dan bersifat positif di dalam mencari kebenaran.

Misalnya dengan siapa kita berkawan membantu membentuk pemikiran dan penafsiran terhadap agama dan mempengaruhi gaya berfikir dan bertindak balas di dalam urusan kehidupan.

Ini juga didapati di dalam sebuah hadis yang menyebut : “ Agama seseorang itu adalah berdasarkan agama rakannya maka hendaklah dilihat dengan siapa dia berkawan.”(Hadis ini diriwayatkan oleh Tirmidzi dan Abu Daud)

Allah swt befirman yang berMaksud: “ Barangsiapa yang mendapat pertunjuk maka sesungguhnya dia telah mendapat pertunjuk untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri.” (Surah Al-Isra : 15)

Berkata Al-Imam Ibnu Katsir ra bahawa yang dimaksudkan dengan mendapat pertunjuk itu ialah mengikuti pertunjuk kebenaran agama dan jalan nubuwah (kenabian) dan darinya akan menghasilkan kebaikan kepada dirinya sendiri. (Lihat : Tafsir Al- Qur’an Al-Azim Jilid 2, ms. 457)

Persekitaran yang tertutup, jumud dan beku misalnya dipengaruhi oleh persekitaran suasana tempat tinggal, pergaulan dan sikap yang terdidik secara tidak sedar atau melalui pemerhatian dan pengalaman. Kanak-kanak yang membesar dengan suasana bermasalah lebih berpotensi membuat masalah daripada kanak-kanak yang membesar dengan suasana yang harmoni dan tenang.

Kerana itulah di dalam hadis Uqbah bin Amir ra meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda dengan maksud : “Tuhanmu merasa hairan terhadap para pemuda yang tidak terpengaruh oleh hawa nafsunya.” (Hadis Hasan, riwayat Ahmad no. 17371 dan Tibrani serta Abu Ya’la, dimaksudkan di dalam hadith dengan hairan ialah sebagai perumpamaan)

Demikianlah contoh bahawa orang yang dikota akan mempunyai peribadi dan sikap yang pasti berbeza dengan mereka yang berada di kampong dan pendalaman sehingga tidak mustahil tafsiran agama yang berlangsung di dalam majlis-majlis ilmu berubah dan berbeza disebabkan oleh pengaruh persekitaran.

Al-Imam Syafie ra sendiri pernah berfatwa dengan fatwa baru (qaul jaded) yang menyalahi fatwa lamanya (qaul qadim sewaktu di Iraq) setelah berpindah ke Mesir.

PERANAN GURU DI DALAM MEMBENTUK PEMIKIRAN ANDA TERHADAP AGAMA

Guru memainkan perana yang cukup penting di dalam membentuk pemikiran dan memberikan anda tafsiran terhadap agama. Semenjak kecil kita dijamu dengan pelbagai ilmu dan maklumat yang kesemuanya tidak semestinya benar tetapi maklumat inilah yang menjadi pegangan dan membentuk keyakinan kita terhadap sesuatu.

Kita mempercayai bahawa apabila terkena hujan maka kita akan demam.

Jadi oleh yang demikian setiap kali apabila hujan maka kita memakai payung atau sekurang-kurangnya menutup kepala agar tidak terkena demam.

Bagaimana jika hujan tidak memudharatkan ?

Guru agama menjadi penafsir agama dan merupakan orang yang bertanggungjawab menafsirkan dan menjelaskan hukum hakam agama kepada manusia.

Kata-kata mereka menjadi sandaran dan dianggap sebagai kata-kata agama.

Kenapa jadi begitu ?

Ini disebabkan kita tidak menguasai kemahiran yang dimiliki oleh mereka untuk mengetahui apakah yang dikehendaki oleh Allah swt dan rasul-Nya daripada Al-Quran dan As-sunnah.

Bagaimana jika tafsiran mereka tersilap ?

Maka ianya akan menyebabkan kita juga turut tersilap di dalam menuju kepada Allah swt.

Lalu bagaimana harus dilakukan ?

Jawapannya ialah hendaklah setiap manusia berusaha mencari hujah dan sandaran di dalam agama dan sekurang-kurangnya dia mengetahui bahawa setiap amalannya haruslah didasari kepada Al-Quran dan hadis rasulullah.

Disebut dalam pelbagai cerita mengenai kisah ketelitian ulama salaf terhadap ilmu dan tidak menerima ilmu dari sebarangan orang dengan mudah seperti apa yang diriwayatkan oleh Imam Abi Hatim ra mengenai kisah Imam Yahya bin Ma’in yang datang bertemu dengan Musa bin Ismail untuk mendengar hadis maka berkatalah Musa apakah engkau belum mendengar hadis ini daripada sesiapa ? Lalu dijawab oleh Yahya bin Ma’in bahawa aku telah mendengar hadis ini dari tujuh belas orang dan engkaulah yang ke lapan belas. Lalu ditanya untuk apakah engkau menyusahkan diri membuat demikian dengan mendengar hadis yang sama dari guru yang berbeza ?

Lalu berkatalah Yahya bin Ma’in, “Sesungguhnya jika Hammad bin Sulaiman itu tersilap dalam hadisnya maka aku dapat membezakan kesilapannya itu dengan mendengar hadisnya dari pelbagai jalan dan guru (perawi), kerana jika silapnya itu pada Hammad maka akan didapati dengan semua guru (perawi) menyebut kesilapannya dan jika silap itu bukan dari Hammad maka pasti akan kelihatan kebenaran dengan guru yang silap akan terdedah oleh kesepakatan guru yang ramai.” (Lihat : Al-Majruhin oleh Ibnu Hibban Jilid 1, ms. 32 ).

Maka kita harus mengerti bahawa setiap guru boleh tersalah dan tersilap dan untuk mendapat tafsiran yang terbaik dan paling mendekati kebenaran maka hendaklah kita berusaha memiliki seramai mungkin guru untuk membolehkan kita membuat penilaian dan mendengar sesuatu maklumat atau informasi dari pelbagai sudut dan arah sehingga membolehkan kita mengetahui keseluruhan cerita dengan lebih tepat.

Telah diriwayatkan bahawa Khalifah Ali bin Abi Tolib ra pernah ditegur di dalam sesuatu masalah oleh seorang lelaki dengan berkata bukan demikian wahai Amirul Mukminin dan menerangkan jawapannya kepada Ali.

Maka berkata Ali bin Abi Tolib ra : “Engkau benar dan aku tersalah, di atas setiap alim itu akan terdapat seorang yang lebih alim.” (Jami Bayan Al-Ilm wa Fadhlihi Jilid 1, ms. 262)

Jumlah guru yang ramai tidak sahaja menunjukkan tahap keilmuan tetapi juga menjadi kayu ukur di dalam usaha mencari kebenaran. Apabila dilihat dan diambil pengajaran di dalam kisah-kisah ulama salaf maka kita akan mendapati bagaimana mereka berusaha mencari ilmu dan mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai ulama untuk membolehkan mereka menguasai dan memahami ilmu tersebut.

Ini kerana setiap orang yang alim itu pasti akan ada orang yang lebih alim daripadanya sehingga usaha menuntut ilmu tidak wajar berhenti.

Hal ini disebutkan oleh Abdullah ibnu Umar yang berkata : “Sesungguhnya seseorang lelaki itu tidaklah dilahirkan sebagai seorang yang alim tetapi dia menjadi alim dengan belajar.” (Riwayat Ahmad di dalam kitabnya Az-Zahid ms. 162, Ibnu Abi Syaibah dan Baihaqi dengan rijal yang siqah)

Seorang guru pastinya mempunyai ilmu pengetahuan yang terhad maka oleh yang demikian jika seorang murid hanya melazimi seorang guru maka ilmu pengetahuan yang dimiliki olehnya juga pasti menjadi terhad jadi adalah digalakkan di dalam Islam untuk mempelajari ilmu pengetahuan dan berusaha sebanyak mungkin untuk mengambil ilmu daripada ulama dengan jumlah yang ramai.

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal ra tentang Imam Syafie ra : “Sesungguhnya Allah memberi nikmat kepada kami melaluinya dan telah kami pelajari ilmu dari sesuatu kaum dan menulis ilmu dari mereka sehinggalah munculnya As-Syafie kepada kami dan setelah kami mendengar ilmu darinya maka tahulah kami bahawa dia itu lebih alim dari orang selainnya dan kami duduk bersamanya pagi dan petang tidaklah kami menemui darinya selain kebaikan.” (sila lihat Tarikh Islam oleh Ad-dzahabi ms. 334).

Imam Syafie ra mengambil ilmu dari Sufyan bin Uyainah ra dan Muslim bin Khalid Az-Zanji serta Said bin Salim dan Daud bin Abd Rahman, Abd Majid bin Abd Aziz bin Abi Daud dan mereka ini semuanya merupakan gurunya di Makkah.

Manakala gurunya di Madinah ialah Imam Malik bin Anas ra, serta Ibrahim bin Said Al-ansori, Abd Aziz bin Muhammad Ad-Darawardi dan Abdullah ibn Nafi’.

Adapun Syeikh dan guru Imam Syafie di Yaman ialah Mutharif bin Mazan, Hisyam bin Yusof (Qadhi San’a) , Amru bin Abi Salamah (sahabat Imam Auzaie) dan Yahya bin Hasan (sahabat Imam Laits Bin Said).

Manakala gurunya dari Iraq pula ialah seperti Waqi’ bin Jarrah ra, Hammad bin Usamah dan Ismail bin Aliyah serta Abd Wahab bin Abd Majid dan Muhammad bin Hassan.

Sebenarnya ramai lagi guru-guru Imam Syafie dan ini menunjukkan kepada kita bahawa di waktu beliau masih muda banyak masa dihabiskan dengan mengembara mencari ilmu dan pengetahuan.

Ini menunjukkan teladan kepada kita bahawa berguru dengan ramai ulama itu adalah penting bagi membolehkan kita mencari kebenaran dan mendapatkan tafsiran agama yang paling mendekati kebenaran.

Kenapa Imam Syafie tidak berpuas hati dengan Imam Malik bin Anas sahaja sewaktu mempelajari ilmu dengannya di usia muda dahulu ? Beliau juga telah menghafaz kitab Al-Muwatho karya Imam Malik ra ketika umurnya 10 tahun dan mula belajar di sisi Imam Malik ketika umurnya 13 tahun sebelum keluar mengembara mencari ilmu dengan ulama yang lain.

Bukankah ini menjadi bukti bahawa kita tidak boleh bersikap ta’asub dan cepat merasa puas dengan seorang guru ?

Ini diperlukan bagi mengelak Islam tafsiran guru kita daripada mengawal pemikiran dan agama kita.

Islam yang benar ialah tafsiran Rasulullah dan para sahabat yang disebut dengan faham ahlul sunnah Wal Jamaah.

Tafsiran yang benar ialah seperti apa yang disebutkan di dalam Kitab Aqidah Tahawiyah yang bermaksud : “Tafsiran yang sahih ialah apa yang bertepatan dengan Al-Quran dan As-sunnah dan apa yang berdalilkan nas-nas manakala apa yang bercanggah dengan dalil nas maka ianya merupakan tafsiran yang salah.” (Syarah Aqidah Tahawiyah, ms. 215)

Caranya ialah menguasai Kitab Allah dan sunnah rasulullah dengan sebaik mungkin dan berusaha mengkaji fahaman dan pegangan para sahabat ra dan ulama-ulama yang menetap di atas kefahaman ahlul sunnah di dalam memahami agama Islam ini.

Sabda rasulullah dengan maksudnya : “ Sesungguhnya ulama’ itu pewaris nabi dan para nabi tidak mewariskan harta tetapi mereka mewariskan ilmu.” ( Hadis Sahih, riwayat Tirmidzi no. 2606, Abu Daud dan Ibn Majah) .

Bahkan Imam Abu Ishak As-Syatibi ra telah memperingatkan umat Islam akan hakikat ini dengan menyebutkan di dalam kitabnya dengan bermaksud : “ Sesungguhnya yang menjadi sebab utama bid’ah dan pertikaian yang membawa kepada perpecahan umat dan malapetaka ialah seseorang mempercayai dirinya ialah seorang mujtahid atau termasuk ahlul ilmi wal ijtihad dalam ilmu agama sedangkan hakikatnya dirinya belumlah mencapai tahap itu.

Maka apabila dia beramal dengan pendapatnya maka dianggap pendapatnya ialah sebagai pendapat ulama dan khilafnya sebagai khilaf ulama lalu baik hal itu berlaku di dalam hal yang furu (cabang) atau hal yang mendasar dan usul baik iktikad dan amaliyah sehingga seringkali dia mengambil sesetengah hal yang juz’iyah atau furu’iyah (cabang) dari syariat lalu diruntuhkan hal yang kulliyat atau usul dengannya atau sebaliknya sehinggalah jadi apa yang zahir itu sepintas lalu seolah menepati makna tetapi hakikatnya tidak mencapai maksud syarak maka inilah dia seorang tukang pembuat bid’ah.” (Lihat : Al-Itishom jilid 2, ms. 173)

PEMBACAAN HARUS MENYELURUH

Pembacaan membawa faedah dan pengetahuan tetapi hendaklah pembacaan itu dicapai dengan menyeluruh dan sebanyak yang mungkin. Jika ilmu seseorang dinilai berdasarkan buku-buku yang dibacanya maka sudah pasti orang yang paling banyak membaca ialah orang yang paling berilmu.

Budaya membaca sememangnya digalakkan di dalam Al-Quran berdasarkan firman Allah yang bermaksud : “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan.” (Surah Al-Alaq : 1)

Dari Abu Umamah ra yang berkata: “Saya mendengar Rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda: “Bacalah Al-Quran itu kerana ia akan datang pada hari kiamat nanti sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)

Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Utsaimin pernah ditanya tentang mempelajari ilmu daripada kitab dan beliau membolehkan kita belajar ilmu daripada buku dan kebanyakkan para ulama menyeru supaya para pemuda dan pemudi membanyakkan masa membaca buku dan membuat rujukan agama agar beroleh manfaat di dalam kehidupan mereka.

Maka pembacaan yang meluas diperlukan untuk membantu usaha mencari kebenaran dan membuat tafsiran yang terbaik terhadap agama ini tanpa diselaputi gejala ta’asub kepada sesuatu tafsiran agama.

Masalah ta’asub sudah lama merebak dan menjadi virus yang mendaging dalam jasad umat Islam sejak zaman berzaman. Pelbagai ubat yang dibawa oleh para ulama untuk menghilangkan virus ini akhirnya berubah menjadi virus baru yang terus beranak- pinak.

Firman Allah yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu berdiri kerana Allah, menjadi saksi dengan keadilan. Janganlah kerana kebencianmu terhadap satu kaum, sehingga membuatkan kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana keadilan itu lebih dekat kepada taqwa dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Maidah : 8).

Ta’asub muncul daripada kelemahan ilmu manusia yang seterusnya membawa kepada perasaan lemah dan rendah diri serta mengkagumi seseorang atau fahaman tertentu sebagai agung dan mulia. Sikap ini membawa kepada ketaatan dan kepatuhan tanpa perintah terhadap peribadi orang yang dikagumi atau dihormati.

Baginda rasulullah salallahualaihiwasalam sekalipun sebagai seorang rasul utusan Allah dan merupakan hamba Allah yang paling mulia melarang umat-Nya dari memiliki sikap ghulu (melampau) dan ta’asub terhadap baginda.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas ra bahawa baginda rasulullah bersabda : “ Berhati-hatilah kamu daripada ghulu (melampau) dalam agama kerana sesungguhnya orang sebelum kamu telah dihancurkan disebabkan sikap melampau mereka dalam agama.” (Hadis riwayat Ahmad dan lain-lain).

Firman Allah swt yang bermaksud : “ Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama, Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah Faathir : 28).

Para ahli ilmu menyebutkan bahawa dimaksudkan ulama itu ialah mereka yang memiliki perasaan takut kepada Allah swt dan disebabkan itulah mereka mendapat kedudukan sebagai ulama dari ilmu yang dimiliki membawa mereka menuju kepada takut kepada Allah swt lalu menghasilkan ketaatan.

Sehingga para ulama menyebutkan orang yang paling banyak berfatwa di kalangan kamu ialah orang yang paling berani masuk ke dalam neraka lantaran disebabkan banyak berfatwa mendedahkan dirinya kepada pelbagai kesalahan dan juga tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul dari keputusannya kerana melibatkan kehidupan dan pengaruh kepada orang lain.

Utbah bin Muslim pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah berkawan dengan sahabat yang bernama Ibnu Umar ra (Abdullah Ibnu Umar ra) selama tiga puluh empat bulan dan seringkali ketika beliau ditanya dengan sesuatu persoalan maka djawab oleh beliau dengan berkata : “Aku tidak tahu”.

Demikian juga Ibnu Abi Laila ra yang menyebutkan aku pernah melihat seratus dua puluh lebih para sahabat rasulullah salallahualaihiwasalam dari kalangan Ansar yang apabila ditanyakan dengan sesuatu permasalahan agama maka dia menyerahkan kepada yang lain sehingga sahabat yang lain itu menyerahkan kepada yang lain sehingga seringkali persoalan itu kembali kepada sahabat yang pertama ditanyakan tadi.

Alangkah baiknya nasihat Al-Fadhil Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan yang menasihati para pemuda di dalam kitabnya dengan mengatakan : “Ikutilah haq (kebenaran) itu walau siapa pun dia dan janganlah mengikuti manusia nanti kamu akan menyalahi kebenaran.” (Menjawab Persoalan-persoalan Baru ms. 149).

Berkata Al-Auzaie ra : “ Kami mengikuti sunnah daripada sumbernya.” ( lihat Syarh Sunnah oleh Al-Lalikaie).

Berkata Ibnu Abbas ra : “ Aku berasa bimbang diturunkan ke atas kamu batu daripada langit apabila aku mengatakan Allah swt berfirman sekian maka kamu bahkan mengatakan telah berkata Abu Bakar dan Umar sekian dan sekian.” (Lihat : Di dalam Musnad Ahmad
Jilid 1, no. 337 dan disahihkan isnadnya oleh Syeikh Ahmad Syakir ra).

MENGENALI TAFSIRAN AGAMA ISLAM YANG BENAR

Tafsiran Islam yang terbaik dan paling sempurna ialah apa yang ditafsirkan oleh rasulullah kepada para sahabat baginda radiallahuanhum.

Tafsiran itu namanya Sunnah !

Ianya disebut sebagai sunnah di dalam bahasa arab yang bermaksud : “ Jalan atau teladan yang ditinggalkan oleh rasulullah kepada umat-Nya baik melalui ucapan baginda, perbuatan atau taqrir (pembenaran) baginda. “ (Qawaid Fil Bayan Hakikatul Iman Indal Ahlul Sunnah Wal Jamaah, ms.22)

Imam Ibnu Rejab (Abd Rahman bin Ahmad, meninggal 795 Hijrah) menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan sunnah itu ialah : “Jalan yang dilalui oleh nabi salallahualaihiwasalam dan para sahabatnya yang selamat daripada syubhat dan syahwat.” (Kasyfu Al-Kurbah Fi Washfi Hal Ahli Gurbah, ms. 15)

Maksud sunnah ini pelbagai namun semuanya merujuk kepada makna yang satu iaitu tafsiran rasulullah terhadap agama ini yang perlu menjadi teladan dan ikutan kita di dalam memahami agama.

Malangnya tafsiran ini semakin lama semakin menjauh daripada kita kerana perbezaan jangka masa dan waktu yang jauh di antara kita dan rasulullah yang mencapai seribu tahun lebih. Menafsirkan Al-Quran dengan tafsiran rasulullah dan memahami Islam dengan kefahaman rasulullah ialah merupakan hikmah dan pertunjuk kebenaran.

Inilah yang disebut di dalam Al-Quran dengan bermaksud : “Sesungguhnya Allah memberikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang sangat banyak.” (Surah Al-Baqarah : 269)

Dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim dari riwayat Ibnu Abi Talhah dari Ibnu Abbas ra dalam menafsirkan ayat ini dengan berkata : “ Diberikan hikmah” itu bermaksud mengenal Al-Quran, memahaminya serta mengetahui nasakh dan mansukh, ayat-ayat muhkamat dan mutasyabihat, mengetahui yang awal dan yang akhir diturunkan serta mengetahui halal dan haram dan yang berkaitan dengannya.” (Sila lihat Al-Itqan Fi Ulum Quran, Jilid 3, ms. 452)

MEMPEROLEHI SUMBER TAFSIRAN-TAFSIRAN RASULULLAH TERHADAP AGAMA

Tafsiran rasulullah terhadap agama ini boleh ditemui di dalam kitab-kitab tulisan para ulama ahlul sunnah wal jamaah di zaman salaf yang berusaha memelihara agama ini dengan sebaik-baiknya sehingga ke generasi hari ini melalui tulisan-tulisan mereka.

Sebenarnya hadis atau tafsiran rasulullah di zaman baginda berperanan sebagai pertunjuk yang diam dan senyap kepada manusia. Ini kerana wujud perintah baginda salallahualaiwasalam secara tegas melarang penulisan hadis dan sunnah seperti sabdanya : “Janganlah kamu menulis sesuatu yang kamu terima daripada aku selain Al-Qur’an. Barangsiapa yang menulis apa yang diterimanya dari aku selain Al-Qur’an hendaklah memadamkannya tetapi tidak mengapa kamu cukup menyampaikan apa yang kamu dengar daripada aku (tanpa menulisnya) dan barangsiapa yang sengaja berdusta ke atas aku maka hendaklah bersedia dengan tempat duduknya di neraka.” (hadis sahih riwayat Muslim).

Tafsiran Rasulullah terhadap agama iaitu hadis-hadis baginda mula dihimpunkan ketika era Khalifah Umar Ibn Aziz ra dari Bani Umaiyah yang menjadi khalifah selama 2 tahun lebih dari tanggal 99 Hijrah sehingga 101 Hijrah.

Arahan pengumpulan hadis dan membukukannya dimulakan oleh beliau kepada Gabenor Madinah pada waktu itu yang bernama Abu Bakr bin Muhamad ibn Amr ibn Hazm (wafat 117 Hijrah) dan turut sama memerintahkannya supaya menuliskan hadis dari seorang tabien wanita yang bernama Amrah Binti Abd Rahman ra dengan katanya :“Tuliskan kepada aku hadis baginda rasulullah yang ada padamu dan dari hadis riwayat oleh Amrah binti Abd Rahman sebab aku takut akan hilang dan hancurnya ilmu.”(Riwayat Ad-Darimy).

Maka atas perintah khalifah maka dikumpulkanlah hadis baik yang dipunyai oleh beliau serta dari tabien wanita itu yang banyak meriwayatkan dari ummul Mukminah Aisyah ra serta beliau (Ibnu Hazm) turut juga mengarahkan Ibnu Syihab Az-Zuhri seorang ulama besar Hijjaz (wafat 124 Hijrah) untuk membantu pengumpulan hadis rasulullah salallahualaihiwasalam.

Sebenarnya larangan penulisan hadis di zaman rasulullah ialah tidak berlaku secara mutlak bahkan dalam sebahagian keadaan baginda pernah membenarkan para sahabat tertentu menulis hadis dari baginda seperti dari riwayat Abu Hurairah ra bahawa selepas peristiwa pembukaan kota Mekah maka telah datang seorang lelaki dari Yaman yang bernama Abu Syah yang meminta baginda rasulullah menuliskan hadis untuknya lalu dijawab oleh baginda rasul dengan bermaksud : “Tulislah kamu sekalian untuknya.”(hadis sahih riwayat Bukhari dan Abu Daud no. 3649).

Disebut oleh para ulama’ bahawa keizinan menulis hadis yang diberikan kepada sesetengah sahabat ialah disebabkan mereka mempunyai kemahiran menulis dan kemampuan untuk menjaganya sehingga tidak sampai tercampur aduknya Al-Qur’an.

CONTOH NASKHAH TULISAN HADIS PARA SAHABAT

Naskah Abdullah bin Amr Al-Ash ra ini disebut naskah As-Sahifah Sadiqah kerana ianya ditulis langsung dari baginda rasul dan merupakan yang terjamin benarnya dan mengandungi lebih kurang 1000 hadis yang kemudiannya dipelihara dan dijagai oleh keturunannya dan cucunya Amr bin Syuaib disebut telah meriwayatkan 500 hadis darinya.

Sungguhpun tidak sampai kepada kita naskah As-Sahifah As-Sadiqah ini kepada kita namun hadis-hadis di dalamnya dapat diperolehi melalui kitab-kitab hadis yang lain seperti Musnad Ahmad, Sunan Abu Daud, Sunan An-Nasaie , sunan At-Tirmidzi dan sunan Ibnu Majah.(Lihat : Kitab As-Sunnah Qabla Tadwin oleh Muhammad Ajjai Al-Khatib untuk maklumat lanjut).

Demikianlah juga pada sahabat lain seperti Jabir bin Abdullah Al-Ansori ra yang juga menulis hadis baginda sehingga naskah tulisannya dinamai Sahifah Jabir dan Qatadah bin Da’amah As-Sudusy memuji naskah ini dengan katanya aku menghafaz sahifah ini lebih dari hafalan ku pada surah Al-Baqarah.

Di antara tabie yang mempunyai naskah al-hadis ini ialah Humam bin Munabbih (40 H-131 H) yang merupakan tabien yang banyak mengambil hadis dari sahabat seperti Abu Hurairah ra yang kemudiannya mengumpulkan hadis tersebut dalam satu tulisan naskah yang disebut As-Sahifah As-Sahihah dan disebut di dalamnya memiliki 138 hadis dan kemudiannya semua hadis di dalamnya diriwayatkan oleh Imam Ahmad ra secara keseluruhan ke dalam musnadnya dan di ambil sebahagian hadisnya oleh Imam Bukhari ra.

Namun permasalahan penulisan hadis ini ke dalam kitab dan naskah khas hanya dibuat secara persendirian dan sehinggalah ke zaman Khalifah Umar bin Abd Aziz ra barulah urusan pembukuan hadis di jalankan secara serius ini disebabkan setelah berlakunya zaman fitnah dan pembunuhan, lahirnya puak Khawarij dan Syiah semenjak zaman sahabat dan beberapa puak sesat yang mendorong para ulamak dan muslihin Islam memikirkan jalan untuk menyelamatkan hadis baginda dengan mengumpulkan hadis yang sahih sahaja dan memperkenalkan ilmu isnad atau disebut mustalahah (disiplin ilmu hadis di dalam menerima dan menolak hadis yang tidak benar daripada nabi).

Arahan pelaksanaan membukukan hadis itu dilaksanakan oleh Ibnu Syihab Az-Zuhri maka disebut bahawa beliaulah yang pertama mengumpulkan hadis secara tersusun.

Pada zaman khalifah Abbasiyah muncul pula golongan ulama seperti Ibnu Juraij (150 H) yang mengumpulkan hadis di Makkah, Abu Ishaq (151 H) dan Imam Malik (179 H) yang mengumpulkan hadis di Madinah, Ar-Rabi bin Syabih (160 H) , Hammad bin Salamah (176 H) yang mengumpulkan hadis di Basrah dan Sufyan As-Sauri (116) di Kufah serta Al-Auzaie (156 H) yang mengumpulkan di Syam dan lain-lainnya yang nyatanya kebanyakkan mereka pernah berguru kepada Ibnu Hazm dan Imam Az-Zuhri.

MENYEMAK TAFSIRAN RASULULLAH TERHADAP AGAMA

Manakala selain menumpukan pada usaha menghimpunkan hadis para ulama’ juga mula meneliti hadis- hadis yang sampai kepada mereka dan perawi-perawi yang meriwayatkan hadis.

Mereka mula meneliti siapakah perawi hadis (pembawa berita tentang hadis itu, keadaan dan sifat peribadinya, kaedah menerima dan menyampaikan hadisnya, tarikh lahir dan kematiannya, perawi yang meriwayatkan darinya dan yang diriwayatkan olehnya dan pelbagai lagi demi menjaga kesahihan dan kebenaran hadis itu dari kepalsuan).

Demikianlah yang disebut oleh Sufyan As-Sauri ra bahawa “Para Malaikat menjaga langit dan para ulamak hadis menjaga dunia dari kepalsuan.”

Bahkan sebenarnya kaedah ini iaitu meneliti hadis bermula sejak zaman sahabat ra lagi iaitu seperti yang terdapat dalam kisah Abu Bakar ra pada masalah pewarisan iaitu telah datang seorang nenek tua kepada Abu Bakar ra meminta hak bahagian warisnya lalu berkatalah Abu Bakar ra : “Sesungguhnya aku tidak mendapati padamu akan sesuatu dari kitab Allah dan tidaklah aku mengetahuinya wujud pula pada sunnah rasulullah lalu pulanglah sehingga aku bertanya orang lain”.

Maka bertanyalah beliau kepada sahabat yang lain lalu berkatalah Al-Mughirah bin Syubah ra bahawa “Aku menghadiri majlis baginda rasulullah dan baginda memberikan seperenam kepada yang sepertinya.” lalu berkata Abu Bakar ra apakah ada orang lain yang hadir selain kamu ? Maka berdirilah Muhammad bin Maslamah Al-Ansori dan berkata seperti demikian lalu diterimalah oleh Abu Bakar ra Tafsiran Agama daripada rasulullah itu selepas mendapati ianya benar daripada nabi dan memberikan nenek itu seperenam. (Lihat : Muwatha no 576 dan Abu Daud no 2894, Tirmidzi no 2101 dan Ibnu Majah).

Demikianlah terpeliharanya sunnah dan dijagai serta diwarisi ilmu ketelitian hadis yang merupakan tafsiran agama oleh rasulullah dan sunnah ini dipelihara pula oleh para sahabat kepada tabien dan mereka iaitu tabien seperti Said bin Musayyib ra (93 H) , Amir bin Syarhabil (104 H), Muhammad bin Sirin (110 H), Al-A’masy (148 H).

Apabila berlakunya fitnah dan pembohongan serta dusta yang berganda kepada sunnah disebabkan ramai manusia mahu mendakwa bahawa tafsiran mereka di dalam agama ialah berasaskan tafsiran rasulullah maka berganda dan bergigih jugalah para ulama’ dalam meneliti dan mengetatkan syarat penerimaan hadis dan melakukan penelitian kepada perawi hadis serta sanadnya (rangkaian perawi-perawi hadis tersebut).

Kalangan tabi’ tabien yang berguru kepada tabien seperti Ma’amar bin Rasyad (153 H), Syu’bah bin Hajjaj (160 H), Sufyan As-Sauri (161H) , Malik bin Anas ( 179 H) mereka ini merupakan tabi tabien yang menjadi pewaris dari tabien dan menulis serta meneliti ilmu jarah wal ta’dil serta mengkaji hal ehwal rawi dan halnya serta menghukumkan mereka (pembawa hadis) dalam soal penerimaan hadis apakah perkhabaran dan hadis yang dibawa oleh mereka diterima atau ditolak.

Kemudian selepas berlalunya mereka maka datanglah generasi Abdullah ibin Mubarak (181 H), Yahya bin Sa’id Al-Qathan (189 H) , Sufyan bin Uyainah (197 H) yang mewarisi ilmu dan menguasai sunnah dari penipuan.

Kemudian muncul kurun ketiga iaitu zaman Abu Daud At-Thiyalisi (204H) , Yazid bin harun (206 H), Abd Razak bin Humam ( 211 H), Abu Asim Al-Nabil ( 212 H), Yahya bin Yahya Naisaburi (226H) dan Abu Walid At-Tiyalisi (271 H).

Selepas zaman mereka ini maka lahirlah zaman penulisan khusus dalam masalah ilmu rawi dan rijal serta munculnya ilmu jarah wal ta’dil secara terperinci yang mengkhususkan bahagian tertentu dalam ilmu rijal.

Seperti Muhammad ibn Said pengarang kitab Tabaqat (230 H), Yahya bin Ma’in pengarang kitab Tarikh ( 233 H), Ali bin Madini pengarang kitab I’lal ( 234 H), Ahmad bin Hambal pengarang kitab Musnad dan I’lal (241 H), Muhammad bin Ismail pengarang kitab As-Sahih dan Tawarikh ( 256) , Muslim bin Hajjaj Al-Qusairi pengarang kitab Tabaqat dan sahih (261 H), Ad-Darisi pengarang kitab As-Su’alat (255H), Abi Zar’ah pengarang kitab Ad-dua’fa ( 264 H), Abi Hatim Muhamamd bin Idris ar-razi pengarang kitab I’lal (277 H), Abi Daud (375 H) dan lain-lain.

Demikianlah juga pada zaman selepas itu apabila muncul zaman kurun ke empat iaitu pada zaman Abd Rahman An-Nasaie ( 303 H), Abu Basyar Muhammad bin Ahmad bin Hammad (310 H), Abu Ja’far Muhammad bin Amru (322 H), Abd Malik bin Muhammad bin Adi ( 323 H), Abu Muhammad Abd Rahman Abi Hatim (327 H), Muhammad bin Hibban ( 354 H) dan lain-lain di kalangan ulama sezaman mereka.

Secara kesimpulan sesungguhnya ilmu sunnah yang berkembang melalui perkembangan zaman dan diwarisi oleh ulama sebelumnya kepada ulama selepasnya menjaga keaslian sunnah rasulullah salallahualaihiwasalam dengan berpandukan kepada ilmu isnad dan riwayat yang dikenali sebagai ilmu rijal atau jarh wal ta’dil yang semua ini dikumpulkan dalam ilmu yang disebut mustalahah hadis.

TAFSIRAN AGAMA OLEH RASULULLAH TERPELIHARA SEHINGGA KE AKHIR ZAMAN OLEH USAHA GIGIH PARA ULAMA

Para ulama merupakan golongan yang mempertahankan agama dan tafsiran rasulullah ini daripada menyeleweng dan dipalsukan dan mereka berusaha memastikan sumber tafsiran rasulullah tetap terpelihara sehingga ke akhir zaman.

Inilah yang disebutkan di dalam hadis sahih yang cukup banyak di antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh Muawiyah ra bahawa baginda rasulullah pernah bersabda dengan maksudnya : “Tidak akan hilang daripada umat ini sekumpulan manusia yang menegakkan agama Allah dan tidaklah memudharatkan mereka sedikit pun walaupun ada orang yang mendustakan mereka dan menentang mereka sehinggalah datang ketentuan Allah dan mereka tetap dalam keadaan demikian.” (Hadis Sahih riwayat Bukhari no. 3641 dan Muslim no. 4932)

Al-Imam Bukhari menafsirkan mereka ini ialah ahli ilmu manakala Al-Imam Ahmad bin Hmbal pula mengatakan mereka ini ialah Ahli Hadis (golongan yang mempertahankan tafsiran rasulullah terhadap agama dan menetap di atas tafsiran agama oleh rasulullah) dan demikian itulah pendapat paling tepat. (Lihat : Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi, Jilid 13, ms. 68)

Berkata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah : “Ahlul Sunnah Wal Jamaah (golongan yang berpegang kepada tafsiran rasulullah dan memelihara tafsiran tersebut) bukanlah golongan yang baru sebaliknya mereka dikenali sebelum Allah menjadikan Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hambal sebaliknya golongan yang berpegang kepada tafsiran rasulullah ini terdiri daripada sahabat yang mengambil ilmu daripada nabi dan orang yang menyelisihi mereka ialah pembuat bid’ah di sisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah.”(Lihat : Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyah Jilid 2, ms. 482.)

Imam Muslim meriwayatkan dengan sanad yang sahih daripada Muhammad bin Sirrin ra(seorang ulama tabien) yang berkata : “ Tidaklah manusia di zaman dahulu bertanya tentang isnad (perawi hadis) namun apabila telah berlaku fitnah, maka mereka mula bertanya : “Sebutkan kepada kami perawi-perawi kamu dan apabila dilihat yang meriwayatkan hadis itu ialah ahli sunnah maka diterima hadisnya dan apabila yang meriwayatkan hadis (membawa tafsiran rasulullah) itu ialah ahli bid’ah maka tidak diambil hadis (tafsiran rasulullah terhadap agama) daripada mereka.” (Muqadimah Sahih Muslim Jilid 1dan Tirmidzi di dalam Kitab Ilal ms. 890)

Para ulama gigih mengumpulkan hadis dan bermusafir sepanjang usia mereka bagi mengumpulkan ilmu dan tafsiran-tafsiran agama oleh rasulullah yang disebutkan sebagai hadis atau sunnah.

Jasa mereka inilah yang menyebabkan umat Islam selepasnya dipermudahkan untuk merujuk dan memahami agama Islam ini dengan membaca dan mengambil istinbat kefahaman untuk beramal di dalam agama.

Antara contoh mereka ialah Al-Imam Bukhari ra (Muhammad bin Ismail) yang terkenal dengan kitab hadis sahihnya yang berjudul Jami As-Sahih.

Imam Ibnu Solah dalam muqadimah-nya menyebutkan, bahawa jumlah hadis di dalam kitab Sahih Bukhari ialah sebanyak 7275 buah hadis, termasuk hadis-hadis yang disebutnya secara berulang atau sebanyak 4000 buah hadis tanpa pengulangan. Perhitungan ini turut dipersetujui oleh Imam An-Nawawi di dalam Kitabnya At-Taqrib.

Demikianlah sehingga terputusnya mata rantai ilmu pada zaman mutakhir ini apabila para umat Islam secara umum sudah tidak mengenal lagi tafsiran rasulullah terhadap agama lantaran kejahilan dan tidak pernah berusaha untuk mencari tafsiran agama yang sahih.

Sufyan Ats-Tsauri ada mengatakan : “Jika sampai (khabar) kepadamu tentang seseorang di arah timur ada pendukung sunnah dan yang lainnya di arah barat maka kirimkanlah salam kepadanya dan do’akanlah mereka. Alangkah sedikitnya Ahlul Sunnah wal Jama’ah”. (Diriwayatkan oleh Al-Lalika’i dalam Syarhus Sunnah Jilid 1, ms. 64 dan Ibnul Jauzi dalamTalbisul Iblis ms.9 )

Para ulama menjadi pelita ummah yang menerangi kegelapan dengan ilmu tanpa mereka akan tersesatlah manusia apabila beragama berdasarkan tafsiran yang salah atau tidak berpandukan kepada tafsiran rasulullah.

Di samping memelihara tafsiran rasulullah dan menyampaikan tafsiran rasulullah mereka juga turut menjelaskan maksud kepada tafsiran-tafsiran rasululla ini disebabkan sememangnya merupakan fitrah agama ini yang bersesuaian dengan setiap zaman dan keadaan maka tafsiran-tafsiran rasulullah juga merupakan mukjizat ilmu yang boleh disesuaikan dengan setiap keadaan dan zaman.

MEMAHAMI TAFSIRAN RASULULLAH TERHADAP AGAMA

Memiliki tafsiran-tafsiran rasulullah terhadap agama sahaja adalah tidak mencukupi atau kurang membawa erti jika orang yang memilikinya tidak memahami dan tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan atau dikehendaki oleh rasulullah ? Penjelasan rasulullah itu merujuk kepada apa dan siapa ?

Sejauh manakah penjelasan rasulullah itu berkuat kuasa dan apakah ia mempunyai had dan khusus kepada batasan tertentu atau merujuk kepada keadaan umum di dalam semua situasi ?

Hal ini difahami secara umum oleh masyarakat di zaman awal Islam apabila rasulullah bersabda dengan bermaksud : “Hendaklah orang-orang yang hadir mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang mendengarnya kemudian lebih memahami kata-kataku daripada mereka yang hadir mendengarnya daripadaku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba hamba-Mu.”(Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Jabir (2/240), Sunan Abu Daud 1825 dan disampaikan oleh Rasulullah Sallahualaihi wasallam dalam sabda baginda di dalam khutbah hajjatul wada’, di Lembah Uraynah, Bukit Arafah)

Mengambil iktibar hadis yang bermaksud : “Moga-moga yang tidak hadir apabila mendengar ucapanku akan lebih memahaminya daripada mereka yang hadir.” Membawa maksud bahawa tidak semestinya orang yang memiliki tafsiran rasulullah di dalam dadanya atau hafalannya akan memahami apakah yang dimaksudkan oleh baginda rasulullah salallahualaihiwasalam.

KAEDAH MEMAHAMI TAFSIRAN RASULULLAH

Memahami tafsiran rasulullah memerlukan kepada kekuatan ilmu dan kemahiran di dalam berurusan dengan sunnah dan ilmu sekitarnya.

Mengikut apa yang disebut di dalam Kitab Khulasoh Tarikh Al –Tasyri’ Al-Islami, Prof Dr. Abd Wahab Khallaf, ms. 92-98.

Ianya dapat diringkaskan kepada tiga bahagian iaitu :

PERTAMA : ILMU BERKAIT PENERIMAAN AS-SUNNAH

Penerimaan sunnah tidak dilakukan sewenang-wenangnya sebaliknya haruslah melalui tapisan yang ketat berasaskan disiplin ilmu hadis. Sebahagian ulama hadis akan membuat penilaian dan mereka akan menentukan kesahihan dan kelemahan sesuatu hadis serta apakah ianya diterima sebagai tafsiran yang sahih daripada rasululkah terhadap agama atau dikelaskan sebagai hadis yang tertolak.

Di bahagian yang pertama ini sahaja kita akan menyaksikan berlaku perselisihan para ulama di dalam mensahihkan atau mendhaifkan sesebuah hadis.

Ini boleh sahaja berlaku apabila hadis yang sampai kepada sebahagian ulama ialah sahih kerana memenuhi sebab-sebab hadis yang sahih seperti perawinya adil, sempurna ingatan, sanadnya bersambung serta tiada kecacatan hadis dan tiada pula syaz padanya manakala matan hadis yang sama menjadi tertolak dan tidak sahih kepada sebahagian ulama yang lain kerana hadisnya mengandungi perawi yang bermasalah, sanad hadisnya tidak bersambung dan semacam hal yang boleh terjadi.

Kadang-kadang terjadi perselisihan di dalam soal penerimaan dan penolakkan hadis ialah kerana ketidak sepakatan ulama hadis di dalam hukum ke atas perawi hadis. Ada ulama yang menerima sebahagian perawi dan mensahihkan hadis yang dibawa olehnya dan sebahagian ulama yang lain pula menolak hadis-hadis yang dibawa olehnya kerana mendhaifkannya dan hal ini pelbagai.

Setelah berlaku penghukuman ke atas hadis dan sesebuah hadis itu telah diklasifikasikan kepada mutawatir atau ahad maka kita akan melihat pula sekali lagi para ulama berselisih di dalam pengambilan hadis.

Imam Abu Hanifah ra (Nu’man bin Sabit, meninggal 150 Hijrah) misalnya hanya berhujah dengan hadis mutawatir dan hadis yang menduduki darjah masyhur sahaja serta diriwayatkan oleh ahli feqah.

Manakala Imam Malik ra ( Malik bin Anas, meninggal 179 Hijrah) pula berpegang kepada hadis-hadis yang dipegang oleh alim ulama Madinah dan meninggalkan hadis-hadis Ahad yang didapati mereka bertentangan dengan amalan ahli Madinah.

Sedangkan Imam Syafie dan selainnya tidak menetapkan wujudnya keadaan istimewa kepada ahli Madinah sehingga mereka beramal dengan hadis ahad sekalipun bertentangan dengan amalan ahli Madinah.

KEDUA : MEMBINA KEFAHAMAN DAN ISTINBAT HUKUM DARIPADA HADIS

Para ulama berselisih pendapat di dalam persoalan mengambil istinbat hukum daripada hadis dan hal ini terjadi disebabkan ada di antara mereka yang berpegang kepada lafaz zahir berdasarkan kaedah “Al-Asl Baqa’ al-Lughah” (Asal sesuatu itu ialah menetap pada maksud bahasa) dengan memahami hadis rasulullah berdasarkan maksud bahasa arab yang difahami secara umum tanpa mengkhususkan ianya pada makna tertentu.

Sebahagian ulama yang lain berpendapat hadis tersebut membawa maksud khusus yang tidak terikat kepada maksud umum bahasa Arab lalu menyempitkan maksud dan lingkungan hukumnya atau sebahagian ulama berpendapat hadis tersebut tidak mengandungi wajhu dilalah (ciri-ciri penghujahan) yang dapat dijadikan hujah untuk menetapkan sesuatu hukum manakala ulama yang lain berpendapat hadis itu mengandungi hukum.

Ada sebahagian ulama menerima dalil mukhalafah (hujah daripada maksud yang berlawanan) dan sebahagian ulama pula telah menolaknya dan demikian perselisihan melibat soal mutlak dan muqayyad, zohir dan mu’awwal, nasakh dan mansukh serta lain-lain.

Kadang-kadang wujud dalil yang kelihatan berselisih dan membawa percanggahan yang menghasilkan perbezaan pendapat di kalangan ulama misalnya hadis berkait soal tayammum. Menurut Mazhab Imam Ahmad bahawa tayammum dilakukan kepada muka dan tapak tangan dengan sekali usapan kerana berhujah dengan sebuah hadis riwayat Ammar bin Yasir yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari di dalam Sahihnya serta Muslim. Bahkan Imam Ahmad dan Abu Daud juga mengeluarkan hadis yang menyebut bahawa baginda bersabda dengan bermaksud : “Tayammum itu satu usapan untuk muka dan kedua tangan.”

Sedangkan mazhab Imam Abu Hanifah, Maliki dan Syafie ra berpendapat tayammum itu haruslah dilakukan dengan dua kali usapan iaitu sekali di wajah dan sekali lagi untuk kedua belah tangan berdasarkan hadis riwayat Ibnu Umar ra dan Abi Umamah ra yang menyebutkan bahawa baginda nabi pernah bersabda : “Tayammum itu dua kali usapan iaitu kepada wajah dan kepada kedua belah tangan sehingga ke siku.” (Lihat Syarah Al-Muhazab Jilid 2 ms. 228)

KETIGA: PELAKSANAAN HUKUM DAN AMAL MENURUT KEHENDAK SYARAK

Para ulama Islam terdahulu memahami maksud syarak dengan kefahaman dan hasil penelitian mereka yang berkualiti terhadap kitab Allah dan sunnah rasulullah sehingga mereka memahami maksud dan kehendak daripada tafsiran agama yang dibawakan oleh Rasulullah.

Maksud syarak ini disebut sebagai maqasid syariah yang membincangkan persoalan tuntutan dan hikmah di sebalik penghukuman dan apa-apa yang terbit hasil tafsiran agama oleh rasulullah.

Ini boleh dilihat berdasarkan hadis dari Ibnu Abbas ra yang menyebut ketika Nabi salallahualaihiwasalam berkhutbah, seorang lelaki berdiri, dan nabi bertanya mengenainya. Lalu seseorang berkata: “Ini adalah Abu Israil bernazar untuk terus berdiri di bawah terik matahari, tidak mahu duduk, tidak mahu berteduh, tidak mahu bercakap dan terus berpuasa.”

Maka baginda Nabi salallahualaihiwasalam bersadba: “Suruhlah dia bercakap, berteduh, duduk dan teruskan menyelesaikan puasanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Para ulama menyebutkan bahawa tujuan Syarak ialah untuk memelihara Agama, Nyawa, Akal, Maruah dan Harta maka oleh yang demikian tiada hukum agama atau amal perbuatan di dalam Islam yang mencerobohi atau membahayakan agama, nyawa, maruah, akal dan harta melainkan ianya tertolak kecuali ada perintah dan hukum yang khusus padanya seperti arahan jihad, hukum hudud dan qisas yang dibenarkan mengambil nyawa atau harta dengan hak agama serta untuk memelihara agama.

Uqbah bin Amir ra menyebutkan dengan katanya : “Saudara perempuanku telah bernazar untuk berjalan kaki ke Baitullah, lalu dia menyuruh aku untuk meminta fatwa daripada Rasulullah salallahualaihiwasalam dan aku pun meminta fatwa daripada baginda, maka baginda bersabda : “Musafirlah dan menungganglah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berpuasa nazar ialah wajib ditunaikan tetapi ianya tidak harus sampai membahayakan nyawa, badan, akal dan dirinya sendiri demikianlah maksud dan hikmah tafsiran agama yang dibawa oleh rasulullah salallahualaihiwasalam.

Maqasid Syarak ialah tujuan-tujuan syarak, yang merangkumi tujuan-tujuan umum syarak dan tujuan-tujuan khusus sesuatu sistem syarak dan tujuan setiap perintah , larangan dan perbuatan Allah swt secara khusus.

Dr. `Ilal Al-Fasi mentakrifkan maqasid al Syari`ah sebagai: “ Matlamat daripada pensyariatan dan rahsia-rahsia yang dikehendaki oleh syarak pada setiap hukum-hukumnya.” (Lihat : Maqasid Al-Syaria`ah al-Islamiyah wa makarimuha, hal.4)

Allah swt befirman yang bermaksud : “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa kami hanya menciptakan kamu ( dari tiada kepada ada ) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ( dan tujuan ) pada ciptaan itu? Dan kamu menyangka pula tidak akan dikembalikan kepada kami.” (Surah Al-Mukminun : 115)

Kenapa rasulullah mengehendaki demikian ?

Apa yang baginda mahu ?

Apakah maksud sebenar disebalik arahan ini dan sebagainya mula dikaji dan dilihat oleh ulama-ulama Islam di dalam menunaikan arahan-arahan dan tuntutan agama ke atas diri mereka. Melaluinya barulah mereka mendapati hikmah Islam ini dan kelebihan agama ini berbanding ajaran-ajaran lainnya yang tersebar banyak di atas muka bumi.

Allah swt befirman yang bermaksud : “Tidaklah Allah meletakkan tanggungjawab pada seseorang melainkan dengan sekadar dengan kemampuannya.” (Al-Baqarah : 286).

Dan sabda baginda salallahualaihiwasalam : “ Apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu urusan maka hendaklah kamu memenuhinya semampu kamu.” (Hadis sahih, riwayat bukhari dan Muslim no. 3199).

Dr. Abd Karim Zaidan pernah berpesan dengan katanya: “Amalan soleh ialah apa yang sahih dan ikhlas kepada Allah. Apa yang sahih itu ialah yang menepati syarak, maka membuat bid’ah dalam agama dengan menambah atau mengurangkannya adalah sesuatu yang tidak dibolehkan dan tiada pahala bagi pengamalnya sekalipun dengan niat beribadah kepada Allah.”

Bid’ah itu lebih buruk daripada maksiat.

Ini kerana bid’ah itu mengubah agama serta menghukum dan mentohmah syarak sebagai
cacat, berhajatkan kepada penyempurnaan, pengurangan dan mengubahan.

Ini adalah perkara yang sangat besar yang tidak boleh kita beriktikad atau beramal dengannya. Untuk itu rasulullah salallahualaihiwasalam telah memberikan amaran mengenai bid’ah dengan sabdanya yang bermaksud : “Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan dalam agama, kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah, dan setiap yang bid’ah di dalam neraka”.

Maka segala kebaikan apa yang bawa oleh syarak dan berpada-pada dengannya.” (Lihat : Usul Al-Dakwah, ms. 41)

Oleh yang demikian maka para ulama menetapkan kaedah bahawa syarat penerimaan amalan itu haruslah menepati dua keadaan iaitu IKhlas kerana Allah swt dan juga haruslah setiap pelaksanaan amalan itu diusahakan untuk menepati sunnah dan tafsiran rasulullah salalalahualaihiwasalam dan yang dimaksudkan oleh menepati tafsiran rasulullah ini ialah mencapai maksud dan kehendak Syarak kerana itulah yang sebenarnya dikehendaki oleh baginda.

Ini dibuktikan berdasarkan hadis yang menyebut perihal baginda mengarahkan para sahabat menyerang perkampungan Yahudi Bani Quraizah yang khianat kepada Madinah, maka baginda bersabda dengan bermaksud: “Janganlah seorang pun kalangan kamu yang solat Asar melainkan di kampung Bani Quraizah.”

Apabila masuk waktu Asar sedangkan mereka belum pun tiba di kampung tersebut maka para sahabat berbincang tentang maksud hadis nabi. Sebahagian mereka berkata; kita tidak akan solat melainkan di sana meskipun waktu Asar sudah berakhir.

Sebahagian lagi berpendapat bukan itu maksud nabi. Malah maksud nabi ialah agar mempercepatkan perjalanan hingga dapat ditunaikan solat Asar di sana.

Justeru apabila kita tidak sempat sampai ke sana dalam waktu Asar, maka solat Asar perlu didirikan terlebih dahulu. Apabila dimaklumkan kepada Nabi kemudiannya, baginda tidak menyalahkan mana-mana pihak sekalipun para sahabat terbahagi kepada dua golongan di dalam memahami maksud baginda. ( Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Maka para ulama kemudian membuat kesimpulan bahawa tafsiran yang benar terhadap agama ialah berpandukan kepada tafsiran rasulullah salallahualaihiwasalam dan kaedah pelaksanaan tafsiran tersebut diberikan kelonggaran dan diserahkan kepada para ulama dan umatnya yang alim untuk memahami maksud dan kehendak syarak supaya setiap amalan tersebut terpenuhi tuntutan yang dikehendaki daripadanya.

Berkata Fudhail Ibn Iyad ra : “Hendaklah kamu ikhlas dan benar dalam beramal, ikhlas apabila kamu beramal hanya kerana Allah dan benar apabila amalan kamu itu menepati pertunjuk sunnah”.

Sesungguhnya sunnah itu berperanan sebagai penerang dan penjelas bagi Al-Qur’an di samping sebagai pertunjuk yang sahih selepas Al-Qur’an. Mereka yang beramal di dalam Islam dengan mementingkan perihal tuntutan syarak ialah golongan yang mahukan amalan mereka diredhai oleh Allah dan rasul-Nya.

Kerana itulah pada kitab Al-Faqih Wal Mutafaqih oleh Imam Khatib al-Baghdadi ra menyebutkan bahawa Imam Syafie ra pernah menyebut : “Tidak halal bagi seseorang itu memberikan fatwa dalam agama kecuali mereka yang mengetahui tentang kitab Allah baik nasakh dan mansukhnya, muhkamat dan mutasyabihat, ta’wil dan penurunannya, makkiyah dan madaniyah dan lain-lain serta juga menguasai hadis seperti mana perlunya dia menguasai Al-Qur’an, mahir bahasa arab dan juga mahir ilmu usul dan kemahiran yang berkaitan.” (Lihat: Al-Faqih Wal-Mutafaqih dan I’lamul Muwaqi’in oleh Imam Ibn Qayyim Jilid 1, ms. 45)

Kesimpulannya hendaklah manusia memerhatikan daripada siapakah dia mengambil ilmu agama dan hendaklah berusaha memastikan dia mampu mendapat sebanyak mungkin pengetahuan dan maklumat mengenai agamanya supaya diyakini tafsiran agama yang dipegang olehnya selama ini benar-benar daripada Rasulullah dan menepati kehendak yang dimahukan oleh rasulullah salallahualaihiwasalam.

Ali bin Abi Thalib ra pernah berkata : ” Lihatlah dari mana kamu mengambil ilmu kerana ilmu adalah agama.” (Lihat : Al Khatib Al Baghdadi, dalam At Tankil, ms. 121).

Islam anda tafsiran Siapa moga ianya terjawab.

http://al-fikrah.net/News/article/sid=699.html

Amalan Perbomohan Atau Jampi Dalam Masyarakat

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Segelintir masyarakat Islam masih terkeliru dengan kaedah perubatan yang dibenarkan Islam. Akibatnya, mereka terjebak dalam kancah perubatan yang menyimpang antaranya perbomohan yang menggunakan pelbagai kaedah yang tidak dibenarkan islam. Malah, disebabkan ghairah mencari bomoh, ada yang menjadi mangsa seks bomoh.

Amalan Perbomohan Atau Jampi Dibenarkan Dalam Islam Dan Syarat-Syaratnya

Jika perbomohan itu sesuatu yang dikaitan dengan membaca jampi atau disebut sebagai ruqyah dalam bahasa Arab, maka pada asasnya kita perlu jelas bahawa amalan berjampi dengan syarat-syaratnya yang betul adalah dibenarkan dalam agama. Bahkan Rasulullah s.a.w. melakukannya dan dianggap sebagai sunnah untuk beramal dengannya. Di dalam Sahih Muslim, dalam kitab al-Salam, ada bab yang disebut sebagai Istihbab Ruqyah al-Maridh (Bab digalakkan menjampi orang yang sakit). Al-Imam Muslim meriwayatkan hadith-hadith yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. berjampi dan menyuruh sahabah berjampi, termasuk menyuruh isteri baginda iaitu `Aishah r.a. Dalam riwayat daripada Jabir bin `Abdullah, baginda menyuruh berjampi dengan katanya “Sesiapa yang dapat memanfaatkan saudaranya maka lakukanlah” . Kata al-Imam an-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim: “Adapun jampi dengan dengan ayat al-Quran dan zikir-zikir yang ketahui, tidak dilarang bahkan sunnah”. Syarat-syarat jampi itu hendak pertama: ‘aqidah yang mengamalkannya hendaklah betul dan bersih dari unsur syirik dan khurafat dengan yakin bahawa hanya Allah Penentu dan Penyembuh. Kedua: Bacaan jampi difahami maksudnya agar tidak terdapat padanya unsur-unsur salah yang pengamalnya tidak tahu. Ketiga: Inti kandungan jampi memenuhi tuntutan akidah Islam iaitu tidak mengandungi unsur syirik dan sesat. Ini seperti apa yang sebut dalam hadith Muslim dan Abu Daud: Kata ‘Auf bin Malik al-‘Asyja‘i: Kami dahulu berjampi ketika jahiliyyah lalu kami bertanya: Wahai Rasululullah! Apa pendapat engkau mengenai hal ini? Sabda Nabi s.a.w.: “Bentangkan kepadaku jampi kamu. Tidak mengapa dengan jampi sekiranya tiada padanya kesyirikan”.

Namun, suka diingatkan bahawa kita juga mengharapkan umat Islam jangan hanya menumpukan persoalan jampi semata-mata, kerana perubatan moden dan pengetahuan perubatan moden juga disuruh oleh agama bahkan ianya adalah fardu kifayah. Bahkan penulis melihat pada zaman ini tuntutan perubatan moden lebih besar jauh berkali ganda dari kerja-kerja jampi yang tidaklah begitu utama jika dilihat kepada syighah (bentuk unggapan) hadith. Maksudnya tuntutan mempelajari ilmu perubatan moden adalah lebih utama untuk ditumpukan. Pada zaman baginda Nabi s.a.w sendiri perubatan zahir ini diutamakan. Mereka yang tercedera medan-medan perang, kebanyakannya diubati secara fizikal. Nabi s.a.w sendiri mendapatkan khidmat al-Harith bin Kaldah seorang pakar perubatan Arab. Sekalipun dia bukan seorang muslim. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut dalam Al-Isabah bahawa ini menunjukkan keharusan menggunakan khidmat bukan muslim yang tidak memusuhi Islam. Apa yang penting ia menunjukkan kepentingan perubatan secara lahiriah. Bukan hanya jampi sahaja yang dinamakan perubatan secara Islam, seperti yang sesetengah golongan agama salahfahamkan orang awam.

Amalan Yang Giat Berjalan Dalam Masyarakat Kita Sekarang

Mungkin ada yang berjampi atau mengamalkan perubatan secara batin ini yang mengikut peraturan. Namun malangnya amalan jampi -yang sebahagiannya dipelopori oleh mereka yang menyandarkan diri kepada agama Islam- telah melampaui batas. Mereka menjampi untuk perkara-perkara yang baginda s.a.w sendiri tidak dapat lakukan. Ini seperti menjampi agar seseorang menjadi baik dan mendapat petunjuk. Misalnya menjampi agar anak yang nakal menjadi baik, suami yang tidak baik menjadi baik dan seumpamanya. Dengan meminum segelas air atau beberapa biji kismis diharapkan seseorang mendapat petunjuk. Penulis sebenarnya tidak percayakan pada jampi yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat pertunjuk. Jika ini benar, mengapakah Rasulullah s.a.w sendiri tidak menjampi agar Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib untuk masuk Islam?. Kalau ini benar tentu Nabi s.a.w. menjampi telaga zam-zam pada malam hari dan siangnya apabila Quraish meminumnya, akan terus mendengar nasihat baginda. Ini adalah kekarutan yang disandar atas nama agama. Sama juga yang menjampi air atau kismis untuk anak menjadi baik dan soleh. Nabi sendiri, bapa saudaranya Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman, baginda tidak mampu menjampinya untuk mendapat petunjuk. Firman Allah surah al-Qasas ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”

Sekiranya jampi menjadi sebab punca seseorang mendapat petunjuk, mengapa tidak jemput sahaja orang-orang berkemampuan ini untuk menjampi empangan air minuman supaya masyarakat umum mendapat hidayah. Sebenarnya hidayah datang melalui sebab dakwah dan kehendak individu itu sendiri dengan izin Allah.

Demikian juga kononnya mandi bunga boleh menyebabkan seseorang mendapat jodoh. Jika yang dimaksudkan mereka ialah air bunga membantu proses kecantikan lalu kecantikan itu menawan hati orang lain untuk meminangnya, itu ada lojiknya. Namun mempercayai ia menyebabkan Allah membawa jodoh datang kepada seseorang adalah dusta kepada Allah. Mereka akan berkata “kita usaha, Allah yang akan berikan”. Kita ingin bertanya mereka: Bilakah Allah pernah berjanji perkara ini dengan kamu? Ada dalam al-Quran? Ada dalam hadith? Tidak ada sama sekali. Apakah pengamal perubatan ini menerima wahyu dari Allah sehingga boleh membuat dakwaan ini?. Dosa besar dalam hal ini ialah berdusta menggunakan nama Allah. Firman Allah dalam Surah al-‘Araf, ayat 33:

(maksudnya) “Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya”.

Dalam aqidah, ini juga sebenarnya dari jenis syirk asghar iaitu syirik kecil. Walaupun namanya kecil, namun adalah syirik, dosanya amat besar yang boleh membawa kepada syirik besar. Namun jika dia percaya bunga itu sendiri menolak bala dan mendatangkan jodoh maka itu adalah syirik besar yang membatalkan iman.

Hukum Mereka Yang Mempercayai Ramalan-Ramalan Bomoh

Pada asasnya, sesuatu ramalan itu jika ada tanda-tanda zahir yang dapat dijadikan sandaran, tidak mengapa. Ini seperti langit mendung, kita ramalkan kemungkinan hujan, pelajar malas kita ramalkan gagal dalam peperiksaan. Namun semua itu akhirnya bergantung kepada ketentuan Allah. Adapun meramalkan dengan pasti sesuatu yang ghaib dan tiada sebarang tanda zahir adalah salah dan membawa kepada syirik. Nabi s.a.w sendiri tidak tahu yang ghaib melainkan dengan kadar yang diwahyukan kepada baginda. Arahan Allah kepada baginda dalam Surah al-‘Araf ayat 188: (maksudnya) Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”.

Sesiapa yang mempercayai ramalan bomoh adalah dosa dan kemungkaran yang boleh membawa kepada kerosakan aqidah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadith yang sahih: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang ramal lalu dia mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Muhammad”. (Riwayat al-Hakim dan al-Tabarani dengan sanad yang sahih).

Bomoh-bomoh itu sendiri tidak dapat meramalkan nasibnya. Kebanyakan ramalan mereka hanya membawa kepada permusuhan dan pecah belah. Inilah misi syaitan.

Dipetik dengan sedikit ubahsuai dari www.al-qayyim.net

Sumber :http://www.darulkautsar.com/article.php?ArticleID=41

Selamatkanlah Wanita Muslimah Solehah

Menurut hemat saya, kemusnahan terhadap maruah dan keselamatan wanita semakin hari semakin berada diambang kemusnahan termasuk muslimah solihah warisan ummah dan bakal melahirkan generasi ummah solehah utk melawan golongan sesat seperti Ahbash, Syiah, kuffar, dajjal dll. Ia akan cepat terjadi sekurang2nya dlm 4 keadaan:

a. Mendedah tubuh badan kepada umum, maka tak ubah seperti ikan goreng terdedah di depan mulut sang kucing - darjat kemusnahan paling tinggi. Kepala sang lelaki bergegar, dada berombak thunami dan nafsu jahat akan sibuk merancang2 sedang syaitan segera menyediakan kenderaan…itu jika sang lelaki tidak beriman.

Alternatif: Pakai pakaian sempurna tutup aurat menurut ajaran syarak sebagaimana termaklum. benda-benda terdedah ni cepat rosak dan mudah dihurung langau lalu diberaknya.

b. apabila hilang rasa malu lalu tanpa segan silu dan silannya segera menjalinkan hubungan mungkar atas nama cinta terhadap seorang lelaki ajnabi, lalu terjadilah dating-mendating, couple-mengcouple..last2 jadi lupa bahawa dosa tetap dosa, punah tetap punah walau kopiah jenama sunnah..sedang syaitan bersorak meriah.

Alternatif: Tidak perlu menjalinkan hubungan cinta dan tidak mustahak. kalau minat sgt kawin terus. Kl tak mampu relekk…sgt serabutkan kepala dgn org lain yg tak dak kena mengena dgn hidup kita. Kalau teruskan bodohlah namanya.

c. apabila org tua terlalu menjunjung adat dan alpa tentang maslahah anak wanitanya yg sedia dipertanggungjawabkan kepada lelaki solehah dgn berbagai alasan spt: anak aku masih belajo yopp..sedang ditempat belajo anak kamu selalu keja kejor. Atau tunggu biar habis belajo..tanpa dia tahu duit anaknya habis keluor krn datting. Dalam bab ini Nabi saw berpesan:

“Jika datang kepada kamu seorang yang kamu redhai akan keagamaan dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dia (dgn anak perempuan kamu) Riwayat Abu Daud - Hasan.

Belajor ker, baru kerja ker..itu nombor 20. yg penting maruah dia. Rezeki pemberian Allah bukan manusia. Itulah pentingnya aqidah bukan pandangan manusia atau adat bangsa.

Alternatif: Jika ada pasangan sudah berkenan, siang malam tak leh tidur, mata dah naik sawan, makan dah mula 2-3 pinggan, maka sang lelaki kena jadi gentleman dan hero superman. pergi jumpa mak bapak dia, cakap elok2 minta nak kawin kalau berani. Kalau tak berani, ajak org yg mak bapak dia malu dan pandai bercakap..minta dihalalkan hubungan dulu, kenduri kemudian misal lepas habis belajar atau akan diadakan tahun 2090 esok esok.

d. apabila terlalu memilih jodoh mengikut skima hati bukan ajaran Nabi. Lama-lama umur bertambah dari kepala 20-an menjadi 30-an, last-last 40-an..krn terlalu menanti. 

Alternatif: Berdasarkan hadis di atas tadi, jika menepati skima ajaran Nabi saw, terima sajalah walau pun yg menawarkan diri itu sudah berumah tangga, bendol, pintu, tingkap, gelegar dll. Drp membujang dan menjawab soalan org: Bila nak kawin? Bila nak makan nasi minyak, nasi berani, nasi takut dll? Tak ke serabut perut dibuatnya? Jgn rasa terhina w/p menjadi madu krn madu asalnya manis kecuali apabila sengaja dicampur cuka atau hempedu gajah..pahitlah dia. 

Si lelaki pulak, kl dah duit banyak lagi berkemampuan tidak kirala umur berapa pun walau masuk 70-an, kl nak berpoligami tak perlu tunjuk lagak riuh sana riuh sini. diam2 saja sudah lah. tak perlu bagi tau pun kepada isteri pertama krn tak dak syarat dari hukum syarak. kl beritahu tiadalah maslahah. Demi maslahah supaya tidak timbul pergaduhan atau WWF sesama bini, Nabi saw sendiri ada memberitahu:

” Seseorang itu haram berbohong kecuali dua perkara: (pertama) berbohongnya suami terhadap isteri atau sebaliknya (kerana maslahah), (kedua) seseorang berbohong kerana hendak mendamaikan dua pihak yang berselisih.” Hadis sahih - riwayat an-Nasai.

Jadi, selamatlah rumahtangga cap papan ke atau cap simen ke kalau bijak. Kalau sengaja mempercecahkan tembelangnya..itu tanggung sendiri la. Nabi saw pun tidak jamin kl tidak bijak. Masa nyawa masih hidup, pandai2 la berlakon P.Ramlee, kl dah mati, peduli apa org atas kubur, yg mustahak hal kita yg di dalam kubur.

Kemudian satu cara lagi supaya mudah dapat suami ialah wanita itun jgn malu-malu tawarkan diri kepada lelaki yg benar-benar difikirkan menepati ciri-ciri kesolehan aqidah dan ibadah w/p suami org, tak apa, tidak salah dan tidak haram. Itu hak anda krn lelaki ada 4 lesen memiliki wanita. So selagi lesen belum luak, rebut jer la. apa nak malu? org berzina tidak malu namanya dicatat dalam akhbar, inikan pula perihal kebenaran dan hak. berapa banyak wanita zaman Nabi menawarkan diri utk bekahwin dgn Nabi saw.

Para wali mujbir pula jgn segan-segan tawarkan anak perempuannya kepada mana-mana bakal menantu yg dinilai soleh dan bertanggungjawab walau pun masing-masing masih sama-sama belajar, apalagi kalau sudah berkerja kalau dilihat maslahah kawin segera itu penting. Malah ia lebih penting diuruskan dari menunggu habis belajar. jangan takut rezeki..Allah dah janji akan menolong org2 yg berkahwin ini.

d. Wanita itu sendiri tidak menolong wanita iaitu tidak membenarkan suaminya diambil atau dimiliki oleh wanita lain hatta rakan rapat setidur sebantal semakan seperiuk seminum setempayan masa kat U dulu atau mana-mana kolej. Yg sama-sama menangis melolong satu ketika dulu krn kena kejor anjing. Kini dia makan ‘ayam kentucky’ sorang-sorang, sedang kawannya rapatnya dulu dok tengok dia makan sorang2..haram tak pelawa! “‘Ayam kentucky” tu cukup jer kalau 3 org lagi nak share makan sama-sama.

Alternatif: Jadilah wanita prihatin terhadap nasib kawan2. Pelawalah dia jadi rakan kongsi suami bersama walau pun rumah lain-lain. Buanglah rasa hubbu dunia (terlalu materialistik), cemburu melampau, jgn dengar sangat bisikan negatif org, pedulikan apa org nak kata…yg penting JIHAD AKBAR (jihad besara) ini utk melahirkan generasi al-Quran yang unik dapat dilangsungkan. 

Si suami pulak…tu diaa..asyik tersengih jer dari tadi…kl dah isteri berkorban begitu besar dlm hidup spt itu jgn jadi musang berjanggut pulak. Berlaku adillah, imbanglah tanggungjawab dan bersederhanalah dlm apa jua aspek. Madu-madu juga harus begitu. Ringankanlah beban suami dan fokuskanlah matlamat jihad.

Sipakah yg akan menyelamatkan wanita muslimah solehah ini kalau tidak muslimin dan muslimat itu sendiri? Ukurlah keimanan kita hari ini dlm menyelesaikan isu nisbah wanita 50:1 lelaki spt yg disebut Nabi saw dlm hadis riwayat al-Bukhari itu. Ayuh, bangkit dan berubahlah demi masa depan ummat yang solehah, bukan utk nafsu tolehah.

Sekian, demikianlah adanya.

 

Sumber : http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=69993.html#69993

Tanggungjawab Tanpa Cinta

baitmuslim09.jpg

“Kenapa mesti bercouple sebelum berkahwin?”, soal seorang ustaz dengan tegas.

“Mana mungkin sebuah rumahtangga mendapat keredhaan Allah jika permulaannya sudah tidak tentu hala!”, ujar seorang pendakwah dengan penuh yakin.

Segala nasihat tertuju kepada menyeru agar maksiat dihindarkan oleh mereka yang di usia muda. Jangan mulakan alam rumahtangga dengan dosa dan noda. Kelak binasa.

Tidak susah untuk memahami seruan ini. Itulah kehendak agama. Dosa tidak menjanjikan bahagia. Kebahagiaan letaknya pada ketaatan kepada Allah. Semua itu telah banyak saya ungkapkan di dalam artikel yang lalu. Sebahagian besarnya sudah termuat di dalam buku AKU TERIMA NIKAHNYA.

Dosa tidak menjanjikan bahagia.

Tetapi pastikah bahagia hanya kerana sudah terhindar dari dosa? Jika dosa itu derita, taat itu nikmat kebahagiaan, maka bahagiakah rumahtangga yang jauh dari dosa?

Soalan ini tidak boleh dijawab dengan bahasa praktikal oleh anak-anak muda yang baru menceburkan diri ke alam mencari dan memilih pasangan hidup. Perbincangan kali ini lebih merupakan sebahagian daripada tuntutan Begin with the End in Mind untuk mereka renungkan. Ada pun persoalan yang sedang saya ketengahkan ini, ia adalah untuk mereka yang sudah separuh atau suku jalan menempuh kehidupan berumahtangga.

Persoalan ini banyak mengganggu fikiran saya. Sedikit demi sedikit saya didatangi dengan kes-kes yang luar biasa. Mula-mula ia hanya sekali dua, tetapi lama kelamaan segalanya menjadi seperti timbunan tanah membentuk busut. Hingga tercetus suatu kebimbangan.

Satu demi satu rumahtangga retak dan ribut.

Bukan rumahtangga yang kotor dengan dosa. Bukan suami isteri yang lupa Tuhan. Rumahtangga ini adalah rumahtangga yang dibentuk menurut lunas-lunas Islam. Permulaannya bersih dari masalah pergaulan bebas, malah kedua pasangan ini ‘disatukan’ atas cita-cita Islam, dakwah dan perjuangan yang menemukan mereka.

Seorang ‘akhi’ dan seorang ‘ukhti’, dalam suasana taat kepada Allah… bersatu dalam sebuah Bait Muslim yang berslogankan Baiti Jannati (rumahku syurgaku). Perkahwinan mereka adalah apa yang diimpikan oleh setiap mereka yang mahu mencari separuh kesempurnaan beragama melalui jalan perkahwinan, yang terbina di atas asas taqwa.

Tetapi perkahwinan yang ideal ini sedang diuji. Sangka saya satu atau dua. Ia mungkin kes terpencil. Tetapi sedikit demi sedikit kes ini bertambah dan bercantum, hingga menghasilkan suatu kerisauan yang mendalam. Di manakah silapnya?

Terlalu sulit untuk saya lakarkan kes-kes yang membabitkan rumahtangga ini kerana ia amat sensitif. Rumahtangga seorang lelaki yang berfikrah Islam dan seorang perempuan yang berfikrah Islam, kecundang selepas perkahwinan menjangkau usia matang. Ada di antaranya yang membabitkan perbuatan-perbuatan suami, ada juga yang membabitkan masalah yang ditimbulkan oleh pihak isteri.

Ada suami yang berfikrah Islam, sama ada seorang ustaz mahu pun seorang profesional, mencemarkan rumahtangganya dengan perbuatan-perbuatan curang, bermain kayu tiga, malah ada yang menjadi abusive terhadap isteri dan anak-anak. Ada juga isteri yang berfikrah Islam, merosakkan rumahtangganya dengan perbuatan yang sama… hingga menjadi beban kepada fikiran saya untuk menanggung rahsia mereka.

Saya terpaksa beristighfar, menenangkan diri sendiri dan isteri, sebelum mampu untuk menyelami masalah seperti ini. Gerun dan kesah memikirkan rumahtangga sendiri. Segala yang diperlukan untuk membina rumahtangga dalam sebuah ketaatan telah dilakukan, tetapi saya sedang berdepan dengan insiden kehancuran rumahtangga seperti ini. Jika bukan silap berkaitan dosa dan taat kepada Allah, apa lagi yang tidak kena.

“Rumahtangga ini hanyalah sebuah tanggungjawab. Saya gagal menemui cinta. Saya tidak cintakan suami saya!”, salah satu kes yang saya tangani, tiba kepada jawapan yang dicari.

Saya kebingungan.

Biar pun kali ini jawapannya sungguh jelas dan terus kepada lubuk masalah, ia bukan satu atau dua kes, tetapi saya sedang menanggung beban kes yang berbilang.

akhiukhti.jpg

 

TIDAK BERTEMU CINTA

Jika mereka yang asyik berkasih sayang hingga lupa kepada batas-batas agama dalam sebuah pergaulan, nasihat lazim yang disampaikan kepada mereka adalah pada menyedarkan diri mereka tentang soal tanggungjawab. Perkahwinan bukan hanya soal cinta. Tanggungjawab harus dipikul bersama. Soal peranan masing-masing sebagai suami dan isteri, serta bakal ayah dan ibu mesti dilihat dari sudut agama.

“Kalau merancang perkahwinan, jangan rancang hanya ke pelamin, tetapi rancanglah hingga ke lampin!”, itu nasihat komprehensif saya kepada perkahwinan sepasang kekasih yang sebegini.

Tetapi bagi seorang Muslim dan Muslimah, yang mempunyai semangat agama yang tinggi, yang merelakan sebuah perkahwinan dibentuk tanpa pendahuluan yang lazimnya popular dalam masyarakat kebanyakan, terlalu berat untuk saya nukilkan, bahawa nampaknya mereka harus sedar bahawa perkahwinan bukan sekadar tanggungjawab. Ia harus diisi dengan cinta.

Cinta!

Bukan cinta ala Hollywood atau Bollywood, tetapi cinta yang itu. Perasaan yang mendatangkan bahagia.

Seperti kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam bukunya, Satu Rasa Dua Hati, tanda bahagia ialah apabila adanya tenang. Itulah cara mengukur bahagia. Bahawa di dalam sebuah rumahtangga, kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suami dan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanan dan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. Adalah bahagia.

Sukar untuk saya ungkapkan bagaimanakah yang dikatakan sebuah rumahtangga tanpa cinta. Ini bukan kahwin paksa. Ia kahwin rela. Cumanya, demi menjaga agama, mereka tidak bercinta sebelum berumahtangga. Rumahtangga ini adalah rumahtangga orang sekarang yang mencuba resepi bercinta ‘orang dulu’, mengharapkan cinta selepas berkahwin, tetapi malangnya mereka gagal bertemu cinta.

collide.jpg

Izinkan saya meminjam kata-kata John Gray di dalam buku terbaru beliau yang mesti dibaca oleh mereka yang sudah menghadam buku awal Men Are From Mars, Women Are From Venus, iaitu buku Why Mars and Venus Collide:

As I travel the world, teaching the Mars and Venus insights, I have witnessed a new trend in relationships linked to increasing stress. Both couples and singles believe they are too busy or too exhausted to resolve their relationship issues, and often think their partners are either too demanding or just too different to understand. Attempting to cope with the increasing stress of working for a living, both men and women feel neglected at home. While some couples experience increasing tension, others have just given up, sweeping their emotional needs under the carpet. They may get along, but the passion is gone.” (muka surat xiv)

Mereka bertahan, tetapi emosi, keinginan dan cinta itu hilang. Segalanya adalah soal tanggungjawab, tentang peranan… tiada perasaan, cinta dan belaian.

Entahlah…

Apakah kerana pengaruh filem, pengaruh persekitaran, pengaruh tempat kerja, atau silap tarbiyah oleh gerakan-gerakan Islam yang mengacukan mereka ini semasa duduk dalam gelanggang tarbiyah, persoalan tanggungjawab tanpa cinta menjadi punca keruntuhan rumahtangga.

Ada yang tidak percaya… menempelak saya kerana menimbulkan isu ini tanpa hujung pangkal. Sangkanya, saya mahu lelaki multazim dan perempuanmultazimah ini bercinta dengan cinta mazhab Bollywood dan Hollywood. Tidak sama sekali.

Tetapi ada sesuatu yang masih dalam kerangka agama yang tidak kita sempurnakan, sekurang-kurangnya di peringkat menguruskan jodoh, sama ada oleh institusi Bait Muslim atau melalui medium keluarga.

MANIFESTASI

Kecacatan cinta dalam rumahtangga yang ‘Islamik’ ini terserlah, seawal tahun-tahun perkahwinan, malah boleh juga muncul selepas beranak pinak.

Suami akan berkahwin dua dengan alasan isteri pertama adalah pilihan jemaah manakala isteri kedua adalah pilihan hatinya! Isteri pula tanpa peruntukan agama untuknya menduakan suami, mencari cinta di luar.

Hubungan hambar antara dirinya dan suami, terubat dengan rakan sepejabat yang lebih understanding, lebih bijak mendengar dan memujuk, atau mungkin juga beralih minat kepada ustaz-ustaz dan ceramahnya. Asasnya, suami dan isteri, kedua-duanya mengkhianati perkahwinan pertama yang begitu ideal, kerana perkahwinan itu ada segalanya kecuali cinta!

TAQWA

Khutbah Nikah pada sunnahnya, terisi dengan ayat-ayat al-Quran yang dipilih dalam genre TAQWA. Ia adalah suatu peringatan daripada Nabi S.A.W bahawa rumahtangga yang diredhai Allah itu harus dibina di atas asas-asas taqwa. Persoalannya di sini, bagaimanakah kita memahami maksud taqwa?

Jika taqwa itu diertikan sebagai kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan-peraturan Allah, datang pula soalan yang kedua, apakah itu peraturan Allah? Bagaimanakah keseimbangan dalam beragama dapat dibuktikan dalam kepatuhan ini?

SYARIAT ALLAH

Himpunan peraturan Allah SWT diperturunkan melalui wahyu, terhimpun di dalam hukum yang lima. Persoalan wajib, mandub, harus, makruh dan haram, sentiasa diambil kira oleh sebuah rumahtangga yang dibina di atas asas Taqwa. Inilah yang diberikan penekanan selama ini, bahawa sebuah rumahtangga yang diredhai Allah SWT itu harus mematuhi ketetapan Allah yang dihimpunkan di dalam apa yang disebutkan sebagai SYARIAT ALLAH atau SYARIATULLAH.

Menjaga halal dan haram dalam perbelanjaan.

Memelihara peraturan-peraturan Allah dalam persoalan rukun Iman dan rukun Islam.

SUNNATULLAH

Tetapi peraturan Allah juga merangkumi hukum kedua yang disebut sebagai hukum alam. Peraturan yang ditentukan Allah sebagai sistem alam dan manusia yang menghuninya. Sebagaimana hard science menzahirkan hukum Sunnatullah melalui peraturan kimia, fizik dan biologi, maka begitu jugalah soft sciencemenghimpunkan Sunnatullah melalui peraturan komunikasi, psikologi yang dalam hubungan percintaan, kadang-kadang orang sana menyebutnya sebagai chemistry!

Cinta bukan kefahaman. Bukan pengetahuan. Cinta tidak muncul sebagai hasil mengetahui pengertian ilmu cinta yang dicerna oleh akal. Tetapi cinta itu adalah hati dan perasaan. Allah mengurniakannya, dan manusia bertanggungjawab untuk mencari dan berikhtiar menyuburkannya.

Rumahtangga yang bersih dari dosa, adalah rumahtangga yang berjaya mematuhi Syariatullah, tetapi mungkin kehancuran itu masih melanda kerana Taqwanya tidak menyeluruh. Aspek-aspek Sunnatullah diabaikan.

1273.jpg

Seorang suami mungkin terlupa untuk melihat zaujah yang dikahwininya itu sebagai seorang perempuan. Perempuan itu, biar pun dipanggil sebagai ukti, atau dibahasakan sebagai enti, berjawatan ustazah, atau ketua Muslimat cawangan, dia adalah perempuan pada fisiologi, biologi, naluri dan perasaannya.

Mungkin selama ini suami lupa untuk membelainya, lupa menghargainya, lupa berusaha mengekalkan kehangatan perasaan di dalam sebuah rumahtangga. Suami yang ustaz, mujahid, haraki lagi manhaji ini, mungkin tidak serius dalam menelaah hadith-hadith Nabi SAW yang memperlihatkan passion baginda dalam mengekalkan suburnya cinta dalam sebuah rumahtangga.

Seorang isteri yang bersuamikan seorang pejuang, seorang ustaz atau seorang Ketua Cawangan sekali pun, tidak harus lupa bahawa suaminya itu tetap seorang lelaki.

Rumahtangga seorang akhi dan seorang ukhti, tetap sebuah rumahtangga seorang lelaki dan perempuan. Jika mereka bertaqwa dalam menjunjung Syariatullah, tinggal satu lagi persoalan, bagaimanakah pula Sunnatullah dalam hubungan mereka?

Sesungguhnya kejayaan menghindarkan diri dari pergaulan bebas serta bantuan institusi Bait Muslim, hanyalah ikhtiar kita untuk membina permulaan rumahtangga yang baik. Tetapi selepas berumahtangga, suami dan isteri harus peka dengan perkembangan emosi dan komunikasi masing-masing kerana ketaatan kepada halal dan haram hanya separuh dari maksud Taqwa.

Bagaimana dengan cinta? Bagaimana Sunnatullah ke atas lelaki dan perempuan yang dicipta-Nya?

Saya meratapi tragedi yang sedang merebak ini…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur 

sumber :

http://saifulislam.com/?p=1850