AL-HULAIMI

Hidup ini merupakan satu perjalanan menuju ke akhirat… Berhati-hatilah… Berjaga-jagalah… Bertaqwalah…

Archive for December, 2008


Marilah mengajak kepada kebaikan dan jangan sekali-kali mengajak kepada kejahatan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

 Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk dia akan memperolehi ganjaran seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya dengan tidak mengurangi ganjaran-ganjaran mereka sedikitpun dan sesiapa yang menyeru kepada kesesatan dia akan menanggung dosa seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak mengurangi dosa-dosa mereka sedikitpun”. (Sahih Muslim Bab Sesiapa Yang Mengadakan Satu Sunnah Yang Baik Atau Buruk Dan Sesiapa Yang Menyeru Kepada Petunjuk Atau Kesesatan.)

Keterangan hadis :

Petunjuk yang dimaksudkan di sini adalah amalan yang baik sama ada berupa ibadat atau bukan ibadat. Syarat sesuatu amal soleh yang merupakan ibadat pula mestilah berdasarkan kepada perintah Allah mengikut sunnah yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w.. Bersesuaian dengan bab yang dikemukakan hadith ini di dalamnya maka petunjuk yang dimaksudkan adalah seruan kepada beramal mengikut al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. serta menjauhi perkara bid’ah yang bertentangan dengan sunnahnya.

Di dalam hadith ini terdapat galakan supaya mendahului orang lain di dalam kebaikan serta menjadi penganjur kepadanya dan seterusnya menjadi contoh kepada orang lain kerana orang yang menjadi ikutan di dalam amalan yang baik akan memperolehi sepenuhnya ganjaran amalan yang dilakukan oleh orang yang mengikutinya tanpa mengurangkan ganjarannya sedikitpun iaitu masing-masing memperolehi sepenuhnya ganjaran amalan tersebut.Termasuk di dalamnya adalah mendirikan institusi-institusi ilmu kerana ia akan melahirkan ilmuwan yang akan menjadi ikutan dan membawa manusia kepada petunjuk.

Begitu juga sebaliknya hadith ini merupakan ancaman kepada orang yang menjadi ikutan atau idola di dalam amalan-amalan maksiat kerana ia bukan sahaja menanggung dosa dari apa yang diamalkannya sahaja bahkan dosa orang yang terikut-ikut dengan perilaku buruk yang ditunjukkan olehnya. Lebih besar lagi ancaman adalah kepada penganjur sesuatu amalan maksiat atau orang yang mendirikan pusat-pusat yang akan mengeluarkan penggerak kepada amalan maksiat.

Hadith ini juga mengisyaratkan kepada kelebihan ahli ilmu kerana dengan ilmu seseorang itu mempunyai kemampuan untuk membezakan antara petunjuk dan kesesatan begitu juga antara sunnah dan bid’ah dan dapat menjelaskannya kepada masyarakat dengan lebih terperinci. Dengan kemampuan tersebut seseorang itu dapat memastikan amalannya yang menjadi ikutan atau apa yang diseru olehnya adalah merupakan petunjuk dan sunnah.

Kemudian ulama berselisih pendapat berkenaan orang yang menyeru kepada suatu perbuatan dosa lalu dia bertaubat dalam keadaan amalan tersebut terus diamalkan apakah terhenti dosanya disebabkan taubatnya atau tidak? Kebanyakan ulama mengatakan terhenti dosa kepadanya kerana taubat meruntuhkan apa yang dilakukan oleh seseorang sebelum ia bertaubat.

adaptasi dari sumber : http://darulkautsar.com/article.php?ArticleID=1170

CINTA SEBELUM BERKAHWIN

Cinta sebelum berkahwin telah menjadi gaya hidup zaman kini akibat pengaruh budaya luar. Cinta dalam Islam adalah sesuatu yang unik, suci, jujur dan amanah. Ianya tidak akan ada melainkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Islam mengajar umatnya supaya bercinta dalam bentuk yang sah dengan penuh jujur, amanah, menjaga maruah dan beradab. Semuanya tidak wujud dalam cinta sebelum berkahwin.

 

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَمْ نَرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلَ النِّكَاحِ ) ) رواه ابن ماجة (

 

Daripada Ibn ‘Abbas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Kami tidak melihat bagi dua orang yang berkasih sayang seperti perkahwinan. (Ibn Majah: no. 1847)

 

Jika ada cinta dan kasih di antara dua orang maka itu kasih itu tidak dapat menandingi hubungan perkahwinan yang didiri atas tuntutan syariat. Sebab itu, cinta tidak kena pada tempatnya dan sebelum masanya dikira sebagai penyakit kronik, kerana ia lari dari sifat dan cara asalnya. Sebelum menyintai seseorang atau sesuatu, hendaklah cinta dan kasih kepada Allah bertapak kemas dalam diri. Jika ini ada, maka seseorang tidak akan berani menyintai sesuatu yang tidak harus baginya.

 

Cinta sebelum berkahwin mengundang pelbagai kemungkinan. Titik permulaannya ialah dia terpesona dengan wanita. Inilah yang dinamakan fitnah. Apabila penyakit terpesona ini menimpai maka akan melarat kepada pertemuan, perbualan, bersunyian. Dari cara yang sederhana kepada yang lebih mesra. Daripada serius kepada senda gurau. Seterusnya dilitupi awan-awan khayalan. Walaupun pada asalnya dia mempunyai niat yang baik namun, niat yang baik tidak sekali-sekali mengharuskan sesuatu yang tidak harus.

 

Banyak batas-batas syariat yang dilanggar apabila terjerat dalam perangkap cinta:-

 

1 - Pandangan mata yang tidak dapat dikawal kerana terfitnah dan terpesona akibat panahan mata kekasih.

 

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

 

Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. (Surah al-Nur: 30)

 

Pandangan mata wajib dijaga kerana banyak perkara dan juga masalah lain yang mengikutinya.

 

2 – Terpesona percakapan dan suara yang lunak

 

Apa yang selalu berlaku di kalangan pasangan bercinta ialah suka berbual sehingga dalam perkara yang tidak mendatang manfaat sama ada secara bersemuka, talian telefon mahupun internet. Perbualan bukan sekejap.

 

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا

 

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Surah al-Ahzab: 32)

 

Walaupun perintah menjaga kata ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w. ia juga merangkumi ummatnya kerana mempunyai illah (sebab hukum yang sama, iaitu kata-kata yang manja dan lunak itu ada pada orang perempuan.

 

3 - Hati yang menyembunyi pelbagai perasaan

 

يَعْلَمُ خَائِنَةَ الأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ

 

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati. (Surah Ghafir: 19)

 

Allah s.w.t. mengetahui persuatan seseorang mencuri pandangan kepada orang yang bukan mahramnya, dan perasaan jahat atau baik yang yang tersembunyi di dalamnya.

 

3 - Hawa nafsu bergelora dalam diri

 

وَلْيَسْتَعْفِفِ الَّذِينَ لَا يَجِدُونَ نِكَاحًا حَتَّى يُغْنِيَهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ

 

Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya; (Surah al-Nur: 33)

 

Perintah Allah s.w.t. supaya menjaga kesucian diri dan mengawal hawa nafsu dengan cara menjaga pandangan, bersabar dan berpuasa

 

Cinta sebelum berkahwin bukan satu jaminan kepada kebahagian akan datang. Alam percintaan adalah sesuatu yang tidak realistik, penuh khayalan dan mengelirukan. Sekian ramai pasangan yang dilamun cinta mendirikan rumah tetapi usia perkahwinan mereka lebih singkat daripada tempoh bercinta. Jika sudah terperangkap maka hendaklah menyegerakan perkahwinan kerana ia satu-satunya jalan pengubatannya.

 

Jika hati sudah terpesona kepada seseorang atau apabila sudah sampai seru untuk berkahwin, mintalah keluarga pergi untuk merisik calon. Ini lebih beradab dan bertanggungjawab daripada mengemukakan sendiri. Oleh kerana perkahwinan melibatkan banyak aspek kepentingan, tanggungjawab, persaudaraan dan kekeluargaan maka sewajibnya ia dimulakan dengan cara yang betul penuh ketaqwaan bukan terikut-ikut dengan budaya asing. Perkahwinan bukan hanya didirikan atas dasar cinta sahaja tetapi tanggungjawab dan juga amanah.

 sumber :http://www.darulkautsar.com/article.php?ArticleID=1020

Yusof Estes dan Micheal Jackson: Bukti Hidayah Adalah Urusan Allah

Posted on November 24th, 2008 at 10:52 am

 estes.jpg

Yusuf Estes

Peluang mendengar ceramah daripada pendakwah Yusof Estes secara langsung, tidak mahu saya lepaskan. Oleh itu, kunjungan beliau ke Malaysia dan mengadakan beberapa siri ceramah umum adalah suatu yang amat baik. Semalam, saya bersama beberapa orang teman sempat hadir ke salah satu siri ceramahnya yang diadakan di Dewan Utama, Masjid Wilayah, Jalan Duta. Jumlah mereka yang datang mendengar, boleh dibanggakan. Ceramah ini bukan sahaja menarik minat umat Islam, bahkan mereka yang masih belum menerima Islam.

Mungkin ada yang tertanya-tanya siapa Yusof Estes? Saya paparkan serba sedikit tentang latar belakang diri beliau.

Beliau adalah bekas paderi dan pendakwah Kristian dan merupakan salah seorang ahli perniagaan di Amerika Syarikat.

Dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Kristian di bahagian barat tengah Amerika Syarikat. Keluarga dan nenek moyang beliau bukan sahaja membina gereja dan sekolah di wilayah ini, malah mereka juga adalah kumpulan pertama yang sampai dan meneroka wilayah itu. Pada tahun 1949, semasa masih di sekolah rendah, keluarga beliau berpindah ke Houston, Texas. Ketika berumur 12 tahun, beliau telah dibabtiskan di sebuah gereja di Pasadena, Texas.

Sejak kecil, iaitu dalam tahun 50-an, beliau mula bekerja dalam industri muzik dan hiburan. Beliau bersama bapanya mengusahakan perniagaan kedai muzik serta program-program di televisyen dan radio. Beliau juga adalah seorang paderi dan sering menggunakan kuda kecil bagi menghiburkan kanak-kanak dengan menggunakan nama gelaran “Skippy the Clown”.

Beliau sangat meminati bidang muzik, terutamanya muzik klasik dan lagu-lagu agama atu gospel. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang agama dan muzik. Selepas tamat pengajian, beliau menjadi paderi muzik di banyak gereja. Selama 30 tahun, beliau bersama bapanya mengusahakan banyak perniagaan di sekitar Texas, Oklahoma dan Florida.

Pada awal tahun 1991, bapanya ingin memulakan perniagaan dengan seorang pedagang dari Mesir. Bapanya berkata yang orang itu dari Mesir dan dia adalah orang Islam. Sewaktu mula mendengar perkataan ‘Islam’, beliau berfikir ‘orang Islam adalah kafir, penculik, pengebom, terroris dan orang yang tidak beriman’. Beliau memberitahu bapanya tentang apa yang beliau dengar selama ini tentang Islam dan orang Islam. Antaranya ialah orang Islam tidak percaya adanya tuhan, orang Islam menyembah sebuah kotak hitam di padang pasir, orang Islam mencium tanah lima kali sehari.

Jadi, beliau tidak mahu berjumpa dengan orang Mesir itu. Tetapi, selepas dipujuk oleh bapanya, beliau pun setuju untuk berjumpa. Beliau merancang untuk mengubah orang Mesir itu menjadi penganut Kristian. Jadi, beliau bersetuju untuk berjumpa dengan beberapa syarat. Antaranya beliau hanya akan berjumpa pada hari Ahad, selepas sembahyang di gereja. Beliau membawa sebuah kitab Bible, memakai salib yang besar dan memakai topi yang tertulis “Jesus is Lord”.

preacher2islam.jpg 

Pada hari yang ditetapkan, di sebuah kedai, beliau bersama bapanya bertemu dengan lelaki Mesir itu. Apabila masuk saja ke kedai, beliau bertanya bapanya, “Mana dia?” Bapanya menunjukkan ke arah seorang lelaki, “Itu dia di sana”. Beliau menjadi keliru dan berfikir “tidak mungkin orang itu adalah orang Islam”. Beliau tercari-cari orang yang berbadan besar, memakai jubah panjang, berserban besar di atas kepala, berjanggut panjang, kening yang tebal bersambung serta mempunyai sebilah pedang atau sebutir bom dalam bajunya.

Tapi, apa yang dilihatnya, orang Mesir itu tidak mempunyai janggut langsung, bahkan rambutnya hampir-hampir botak. Beliau disambut oleh orang Mesir itu dengan penuh mesra. Lalu terdetik dalam hatinya “Ini tidak masuk akal! Apakah makna semua ini?”.  Sebelum ini, beliau menyangka yang orang Islam adalah pengganas dan pengebom.Walau apa pun, beliau tetap berhasrat untuk mengkristiankan lelaki tersebut.

Selepas saling berkenalan, beliau terus bertanya lelaki Mesir itu, “Adakah anda percaya kepada tuhan?”

Jawab lelaki Mesir: “Ya”.

Beliau bertanya lagi: “Adakah anda percaya kepada Adam dan Hawa?”

Jawab lelaki Mesir: “Ya”.

“Bagaimana dengan Nabi Ibrahim? Adakah anda percaya kepadanya dan percayakah yang dia mahu mengorbankan anaknya?”, tanya beliau.

“Ya”, jawab lelaki Mesir itu.

Beliau terus bertanya: “Anda percaya kepada Musa dan ajarannya? Anda percaya Laut Merah itu terbelah dua?”

Jawab lelaki Mesir: “Ya”.

Kemudian beliau bertanya lagi: “Anda percaya kepada nabi-nabi lain, Daud, Sulaiman dan Yahya?”

Lelaki Mesir itu tetap menjawab “Ya”.

Seterusnya, sampailah masa untuk beliau bertanya soalan yang paling penting “Percayakah anda, Nabi Isa adalah utusan Tuhan?”

Jawab lelaki Mesir itu, “Ya”.

Estes mula berfikir, “Nampaknya kerja saya mudah kerana dia percaya kepada semua perkara yang dipercayai oleh orang Kristian. Dia hanya menunggu masa untuk dibabtiskan”.

Pada musim bunga 1991, Estes terkejut apabila mengetahui orang-orang Islam percaya pada kitab Injil. Bukan itu sahaja, beliau juga turut tahu yang orang Islam percaya bahawa Nabi Isa adalah utusan Tuhan yang benar, seorang nabi, dilahirkan tanpa adanya bapa dan akan muncul sebelum hari kiamat dan memimpin orang beriman memerangi orang kafir.

Oleh kerana orang Islam mempercayai fakta-fakta tersebut, Estes berfikir yang beliau mampu mengkristiankan Mohammad, lelaki Mesir itu. Selepas pertemuan pertama dulu, Estes dan bapanya bersetuju untuk menjalan perniagaan dengan Mohammad. Sejak dari itulah, Estes sering mengajak Mohammad untuk berbual-bual dan berbincang tentang agama Kristian. Tetapi, beliau tidak pasti adakah hasratnya akan tercapai?

Suatu hari, Estes mendapat tahu yang Mohammad akan berpindah dari rumah yang dia tinggal sekarang dan mahu tinggal di masjid buat sementara waktu. Setelah berbincang dengan bapanya, beliau mengajak Mohammad untuk tinggal sahaja di rumahnya.

Ditakdirkan seorang kawan Estes yang juga seorang paderi telah mendapat serangan jantujg dan terpaksa tinggal di hospital. Estes mengajak Mohamad untuk menziarahinya dengan harapan dapat berbincang tentang agama dan kepercayaan. Tetapi, sahabat beliau itu kurang berminat dan tidak mahu mengambil tahu langsung tentang Islam.

Kebetulan, turut berkongsi bilik dengan kawan Estes itu adalah seorang pesakit yang berkerusi roda. Estes melihat dia begitu murung dan seoalah-olah memerlukan sesautu untuk ketenangan. Lalu, Estes pun menasihatinya tantang Tuhan dan membacakan kitab Bible kepadanya. Akhirnya, lelaki berkerusi roda itu mengaku yang dia adalah seorang paderi Katolik. Estes terperanjat. Rupanya dia memberi nasihat kepada seorang paderi juga. Namanya ialah Peter Jacob. Selama 12 tahun, Peter menjadi mubaligh di Amerika Selatan, Amerika Tengah, Mexico dan New York.

Selepas Peter dibenarkan keluar dari hospital, Estes mengajaknya untuk turut berehat dan  tinggal bersama beliau dan Mohammad. Bapa Estes dan Peter bersetuju. Semasa Peter tinggal bersama Estes, mereka selalu berbincang tentang hal-hal agama. Bapa Estes membawa kitab Bible versi King James, Estes sendiri membawa Bible versi standard dan isteri Estes pula membawa versi yang berlainan seperti Jimmy Swaggart yang berjudul Good News for Modern Man. Mereka berbincang kitab manan yang betul dan cuba meyakinkan Mohammad untuk memeluk agama Kristian.

Tetapi apabila Estes bertanya kepada Mohammad tentang al-Quran, beliau agak hairan apabila diberitahu yang al-Quran hanya ada satu versi sahaja. Ia tidak pernah diubah dari sejak ia wujud 1400 tahun yang lalu. Beratus-ratus ribu umat Islam di serata pelusuk dunia yang menghafal al-Quran dari kulit ke kulit. Estes merasakan ini suatu perkara yang mustahil.

Suatu hari, Peter ingin mengikut Mohammad ke masjid untuk melihat sendiri keadaan di sana. Selang beberapa hari, Peter ingin mengikut sekali lagi Mohammad ke masjid. Kali ini lebih lama. Estes berasa bimbang. Lewat malam barulah mereka pulang ke rumah. Sejurus Mohammad sampai ke rumah, Estes terkejut melihat Mohammad pulang dengan seorang lelaki berjubah putih dan berkopiah. Pada mulanya Estes tidak mengenali lelaki itu. Akhirnya, dia kenal rupa-rupanya lelaki itu adalah Peter. Estes bertanya: “Peter, adakah kamu sudah memeluk Islam?” Peter menjawab “Ya”.

Estes sangat terkejut dan terus naik ke tingkat atas memikirkan perkara ini. Beliau berbincang dengan isterinya. Tidak dijangka, isteri beliau juga menyatakan hasrat yang sama, ingin memeluk agama Islam. Estes bertambah terkejut dan semakin bingung. Lantas, beliau turun semula ke bilik Mohammad dan mengajaknya berbincang tentang Islam sepanjang malam tersebut.

Apabila tiba waktu Subuh dan sampai masanya bagi umat Islam sembahyang Subuh, Estes sedar yang kebenaran sudah sampai. Sekarang, terpulanglah kepada beliau untuk menentukan pilihan. Beliau pergi ke belakang rumah dan mengambil sekeping papan lapis. Kemudian, beliau meletakkannya di atas tanah dan sujud ke arah kiblat di atas papan tersebut. Dalam kedudukan itu, beliau menyeru “Ya Tuhan, kalau Engkau berada di sana, bimbinglah aku, bimbinglah aku”.

Apabila beliau mengangkat kepala, beliau tidak menyedari sesuatu yang pelik pun. Tidak mendengar suara kicauan burung, tidak mendengar malaikat turun dari langit, tidak mendengar muzik, suara atau pun cahaya. Apa yang beliau sedar ialah beliau mesti berhenti menipu dan melakukan perkara yang salah. Beliau mesti jujur dan tahu apa yang perlu dilakukan.

Kemudian, Estes masuk ke dalam rumah dan terus mandi. Beliau menganggap mandi itu sebagai pencuci semua dosanya. Beliau berazam untuk suatu kehidupan yang baru. Lebih kurang pukul 11.00 pagi hari itu, beliau berdiri di hadapan dua orang saksi, Mohammad dan Peter, lalu mengucapkan syahadah.

Beberapa minit kemudian, isterinya pula mengucapkan shahadah yang sama di depan tiga orang saksi. Bapanya pula menunggu beberapa bulan sebelum mengikuti jejak langkahnya menjadi seorang Muslim. Ibu tirinya juga turut mengakui kebenaran Islam di akhir hayatnya.

Lahirlah seorang Yusof Estes. Beliau mengajak kita semua berfikir. Bagaimana seisi rumah yang berasal dari pelbagai etnik dan latar belakang bersatu bagi mencari kebenaran dan memuja Pencipta alam semesta. Fikirkanlah bagaimana seorang paderi Katolik, seorang paderi muzik dan pendakwah Kristian telah menerima kebenaran Islam. Katanya “Hanya dengan berkat dan petunjuk Allah swt kami mampu melihat kebenaran Islam. Allah swt membuka tabir yang menutup mata, telinga dan hati kami. Allah yang membimbing kami ke jalan yang benar”…

michael_jackson456456.jpg

Justeru, kenapa perlu berasa hairan? Jika itulah kehendak Allah, seorang yang bernama Michael Jackson juga menemui kebenaran yang sama. Tugas kita adalah terus teguh menyampaikan kebenaran Islam ini. Serahkanlah urusan hidayah kepada pemiliknya,Yang Maha Berkuasa dan Mengetahui segala-galanya.

(Cerita ini diambil daripada catatan yang ditulis sendiri oleh Yusof Estes. Rujukan: Kisah-kisah Paderi Memeluk Islam, terbitan Islamic Propagation Society International (IPSI)

sumber : http://abdulrazak.com/ver1/?p=257

Presiden Kesatuan Eropah kagumi kepimpinan Nik Aziz

Mohd Nor Yahya 
Thu | Dec 11, 08 | 7:55:24 am MYT

KOTA BHARU, 11 Dis (Hrkh) - Presiden Kesatuan Eropah, Marc Barety melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz di negeri Kelantan.

Beliau berkata demikian, ketika mengetuai seramai 14 peserta lawatan sambil belajar terdiri daripada Duta dan wakil kesatuan Eropah (EU) yang berkunjung ke negeri Kelantan baru-baru ini.

Delegasi tersebut terdiri dari negara Perancis, Republik Chech, Poland, Hungary, Slovakia, Austria, Sweden, United Kingdom, Belgium, Romania, Italy, Denmark dan Findland .

Rombongan deligasi tersebut telah disambut oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kompleks Kerajaan Darulnaim.

Sementara itu di sidang media, Tuan Guru berkata kunjungan delegasi dari EU ini memberi erti kerajaan Kelantan mendapat pengiktirafan dan penghormatan dari kaca mata dunia, beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian mereka berkunjung ke negeri Kelantan.

Tuan Guru juga berkata beliau telah ditanya berkaitan dengan perbezaan corak pentadbiran dengan pusat dan beliau menegaskan bahawa selagi corak pentadbiran Pusat tidak berlandaskan Islam, selagi itulah kami akan menegurnya.

Beliau juga berkata selepas kerajaan PAS mengambil alih Kelantan, beliau terus menukarkan semua akaun bank milik kerajaan kepada bank Islam yang tidak berlandaskan riba dan kini sudah banyak bank-bank yang menawarkan sistem perbankan tanpa riba.

Menyentuh kepada pemimpin sesebuah negeri ianya tidak semestinya keturunan melayu, Kaum lain seperti Cina juga boleh menjadi ketua negeri asalkan ia seorang yang alim dan warak serta menurut perintah Allah SWT.

“Sebab itulah kini, kita lihat adanya kelab penyokong PAS dari kaum-kaum lain, mengapa mereka tak tubuh kelab penyokong Umno kalau Umno itu betul gak,”ujar beliau.

Kerajaan Kelantan kini juga mempunyai penghulu dari kaum-kaum lain bagi merapatkan hubungan sesama kaum di negeri ini tanpa mengira agama.

Dari segi ekonomi pula, kerajaan beranggapan ekonomi tidak salah tetapi ahli ekonomi yang telah membunuh ekonomi itu sendiri, riba telah diteruskan secara berleluasa.

“Islam melarang duit membuat duit, mana boleh kita duduk diam-diam, duit datang berterusan, itu namanya riba, sebab itulah Kelantan dari awal lagi bila nak bagi pinjaman pada kakitangan untuk pembelian rumah, kenderaan dan komputer, mereka tidak dikenakan riba dan ini amat menyenangkan hati rakyat negeri ini, “katanya lagi.

Manakala ketika ditanya tentang pelaburan di negeri ini, Tuan Guru berkata ia tidak dibincangkan bersama delegasi ini, namun kerajaan negeri tidak akan menghalang mana-mana negara luar yang ingin melabur dalam sektor perhotelan dan industri asalkan ianya tidak melanggar peraturan teras dari negeri ini seperti dalam bidang perhotelan, mereka mestilah tidak menyediakan kemudahan berjudi, minuman dari alkohol dan pelbagai kegiatan maksiat.

Sementara itu, Marc Barety pula melahirkan rasa kagum di atas corak pentadbiran yang diamalkan oleh pimpinan Tuan Guru Dato’Nik Abdul Aziz dan beliau tidak merasa janggal walaupun corak pentadbiran negeri ini berbeza dengan negeri lain seperti Sabah dan kedah yang sebelum ini pernah dikunjungi beliau.

“Pentadbiran sebegini akan berterusan kerana ia dipilih secara demokrasi dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada rakyatnya, “ujar beliau.

Sementara itu, isteri delegasi tersebut turut diraikan oleh isteri Menteri Besar, Datin Hajjah Tuan Sabariah Tuan Ishak, mereka dibawa ke pusat kraftangan dan Pusat Batik di sekitar bandar Kota Bharu. - mks._

sumber:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=018279&Itemid=85

BAHASA ARAB MEKAH (1)

JACK ELLIS - WALIKOTA AS MASUK ISLAM

Jack Ellis, Walikota As Masuk Islam

 (artikel ini hendaklah difahami dengan penulisan Bahasa Melayu - Indonesia)

 

Ketika Jack Ellis menyatakan masuk Islam pada bulan Desember 2007, pemberitaannya menghiasi berbagai media massa AS dan sejumlah media massa internasional. Tak heran jika keputusannya masuk Islam menjadi buah bibir, karena pada saat itu Ellis masih menjabat sebagai walikota Macon, negara bagian Georgia, AS.

 

Ellis yang semula menganut agama Kristen, hijrah menjadi seorang Muslim setelah bertahun-tahun mempelajari al-Quran. Ia mengucapkan dua kalimat syahadat dalam sebuah upacara kecil di Senegal, Afrika Barat. Setelah masuk Islam, Ellis mengurus status hukum perubahan namanya dari Jack Ellis menjadi Hakim Mansour Ellis. Ia tetap menggunakan nama keluarganya atas permintaan kedua puterinya.

 

Ellis pertama kali terpilih sebagai walikota Macon pada 14 Desemberr 1999 sampai tahun 2003. Ia kemudian terpilih kembali menjadi walikota Macon dan menjabat sampai bulan Desember tahun 2007. Ellis adalah warga kulit hitam pertama yang terpilih sebagai walikota Macon sepanjang 176 tahun sejarah kota itu.

 

“Saya kembali ke akar saya setelah bertahun-tahun melakukan perenungan,” kata Ellis saat ditanya mengapa ia memilih pindah ke agama Islam.

 

Ia melanjutkan, “Mengapa seseorang menganut Kristen? Anda melakukannya karena Anda merasa melakukan hal yang benar … Buat saya, hal itu bukan persoalan besar. Tapi orang banyak ingin tahu apa yang Anda yakini.”

 

Ellis mengatakan, ia mempelajari al-Quran selama bertahun-tahun dan ia merasa menemukan tujuan hidupnya dalam Islam saat ia berkunjung ke Senegal, Afrika Barat. Menurut Ellis, nenek-nenek moyangnya sudah memeluk agama Islam sebelum mereka dibawa ke Amerika Utara sebagai budak.

 

Setelah menjadi seorang Muslim, ayah dari lima anak itu mulai membiasakan diri untuk menunaikan salat lima waktu dan secara rutin berkunjung ke Islamic Center di Bloomfield Road. Ellis mengaku bangga dengan kebebasan beragama di AS.

 

“Kami meyakini Rasulullah Muhammad saw sebagai Nabi terakhir, seperti kami meyakini Musa sebagai seorang Nabi,” ujar Ellis.

 

Hakim Mansour Ellis lahir tanggal 6 Januari 1946 di Macon. Ia mengantongi gelar sarjana di bidang seni dari St. Leo College di Florida. Ellis pernah bertugas di dinas kemiliteran AS selama dua tahun dan ikut dikirim ke Perang Vietnam dalam Divisi ke-101 Angkatan Udara AS dengan pangkat Sersan. Atas jasa-jasanya di kemiliteran, Ellis mendapatkan sejumlah penghargaan antara lain tiga penghargaan Bronze Star dan penghargaan Purple Heart.

 

Ellis mengaku merasa jiwanya merasa tentram dan damai setelah masuk Islam. Ellis juga merasa tidak perlu menyembunyikan keislamannya dari publik yang telah memilihnya sebagai walikota Macon, walaupun keputusan memeluk Islam adalah keputusan yang sangat pribadi sifatnya,

 

“Ini adalah keputusan yang sangat personal, tapi saya juga memahami bahwa saya seorang publik figur. Sebagai walikota, saya pikir masyarakat berhak tahu apa yang saya yakin, dan sebagai orang yang beriman dan iman yang yakini sekarang adalan Islam,” jelas Ellis.

 

Selama menjabat sebagai walikota Macon, Ellis dikenal sebagai sosok yang memberikan kontribusi besar bagi kemajuan kota itu. Ia menggunakan bantuan dari negara bagian dan Federal untuk membantu latihan kerja bagi anak-anak muda, membuat program pengarahan, penyuluhan, program usai sekolah dan program untuk mengurangi jumlah kriminalitas di kota itu.

 

“Saya tetap berbagi dengan keluarga besar saya, komunitas Macon yang mendukung saya ketika saya masih menjadi seorang Kristiani dan masih mempercayai saya hingga kini. Saya masih orang yang sama meski saya mengganti nama saya,” tukas Ellis. (ln/iol)

 

 

Sumber: http://www.eramuslim.com/berita/dakwah-mancanegara/jack-ellis-walikota-as-yang-masuk-islam.htm